loading...
Salih bersama tiga isterinya (dari kiri) Norlizah,Norfara dan Emi
Salih ketika dihubungi berkata, hingga kini dia bersama tiga isterinya dan anak-anak masih cukup bekalan makanan dan kewangan untuk menyara kehidupan.
"Alhamdulillah, rezeki untuk saya dan keluarga masih lagi Allah kurniakan. Walaupun sudah setahun saya tidak bekerja dan sekarang PKP pula, rezeki diperoleh itu mencukupi.
"Syukur pada Allah kerana saya juga tak perlu minta bantuan untuk keluarga. Paling bermakna, Allah kurniakan juga kesihatan yang baik pada saya, isteri-isteri, anak-anak dan cucu," katanya kepada Harian Metro.
"Alhamdulillah, tiga isteri saya tinggal berdekatan. Jadi, tiada masalah untuk saya ke rumah mereka dan hidangan makanan pun saling membantu.
"Kemuafakatan sesama kami semua, cukup buat saya gembira menjalani kehidupan yang tinggal saki-baki ini. Syukur, selama ini Allah sudah memberi terlu banyak kepada saya," katanya
Berkongsi pandangannya terhadap penularan pandemik Covid -19 di Malaysia dan seluruh dunia, Salih berkata, dia melihat positif yang mana Allah kini memberi peringatan kepada manusia.
"Sekarang, saya lebih selesa muhasabah diri. Apa yang berlaku ketika ini, saya melihat pada sudut pandang positif yang mana ia kasih sayang Allah dan saya yakin ada hikmah di sebaliknya.
"Saya hanya mahu terus bersyukur dan reda dengan perjalanan kehidupan sekarang, termasuk mahu terus perbaiki diri dan beramal, apatah lagi ketika ini Ramadan," katanya.
Salih berkata, dia juga menganggap sudah bersara dari kerjaya seni apabila meninggalkan konti radio Sinar FM tahun lalu selepas 13 tahun berkhidmat berikutan faktor usia dan kesihatan diri.
Sudah meninggalkan karier lakonan sekitar 20 tahun lalu, Salih pernah jadi perhatian dalam filem era 1980-an seperti Jejaka Perasan Keluarga 99, Azam dan Mr Os.
Salih pernah memiliki empat isteri, tetapi sudah bercerai seorang daripadanya pada 2015 selepas 23 tahun hidup bersama.
Kini, Salih bahagia meneruskan kehidupan bersama tiga isteri iaitu Norlizah Mamat, 55, (isteri pertama) Norfara Wahida Sulaiman, 41, (ketiga) dan Samihah Sheikh Ali (Emi), 34, (keempat) yang masih setia bersama dalam susah dan senang. -myMetro
loading...
loading...
0 Response to "#COVID 19 ~ Salih Yaacob syukur rezeki bersama 3 isteri"
Catat Ulasan