SinarHairan

Video - Pergaduhan Pelajar Di Dataran Harbour Mall

loading...

SANDAKAN- Semalam seramai lapan orang pelajar dari dua buah sekolah di dalam daerah ini telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan tentang kes pergaduhan di Dataran Harbour Mall Sandakan.

Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin, Ketua Polis Daerah Sandakan,berkata, siasatan awal telah mendapati pergaduhan ini membabitkan pelajar tingkatan lima yang dipercayai berpunca dari ejek-mengejek di antara satu sama lain.

"Ianya berpunca apabila salah seorang dari pelajar berkenaan telah memuat naik gambar seorang pelajar dari sekolah lain melalui aplikasi Wechat.

"Gambar itu dikatakan berunsur ejekan di antara mereka hingga berlarutan menjadi pergaduhan pada Jumaat lalu kira-kira pukul 1 petang,"ujarnya.

Menurut pihak polis video pergaduhan pelajar terbabit telah pun menjadi tular di media sosial 'Facebook Sandakankini".

Dia berkata lagi "Pegawai serta Anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah Sandakan telah dapat mengenal pasti pelajar dari kedua-dua buah sekolah ini.

"Pihak kami juga telah pun bertemu pengetua serta guru disiplin bagi kedua-dua sekolah ini untuk tindakan selanjutnya,". katanya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Editor: Ila

loading...
loading...

0 Response to "Video - Pergaduhan Pelajar Di Dataran Harbour Mall"

Catat Ulasan