SinarHairan

Tersinggung Kerap Di Tanya "Bila Hendak Kahwin?" Lelaki Nekad Bunuh Jiran

loading...


INDONESIA- Seorang lelaki yang dipercayai membunuh jiran nya yang sedang sarat mengandung Lis Aisyah,32, hanya kerana mangsa kerap bertanyakan "bila hendak berkahwin?".

Suspek yang dikenali sebagai Nunur,28, telah membunuh mangsa yang sarat mengandung 8 bulan pada hari Jumaat l di Kampung Pair Jonge, Desa Sukawangi, Kecamatan Singajaya, Garu.

Ketua polis Garut, Budi Satria Wiguna berkata, semasa kejadian berlaku ,Nunur dikatakan sedang duduk termenung di depan rumahnya, kebetulan Lis yang sedang melintas di depan rumah suspek memberikan nasihat kepada nya supaya cepat mendirikan rumah tangga.

Mangsa bertanyakan kepada suspek "cepat lah berkahwin,yang lain semua sudah berkahwin,kenapa kamu tak kahwin-kahwin lagi?". Ternyata pertanyaan itu telah menyinggung perasaan suspek," kata Budi Satria.

Oleh kerana suspek terasa dengan kata-kata mangsa, Nunur datang ke rumah mangsa lalu dia dipelawa masuk ke ruang tamu rumah kerana tidak menyangka sebarang ancaman yang akan berlaku.

Laporan mengatakan , sewaktu mangsa menuju ke salah sebuah bilik di rumah itu, Nunur telah mengekori mangsa daripada belakang lalu menolak mangsa ke atas katil.

Nunur telah mencekik mangsa walaupun dia cuba melawan suspek dengan mengigit jari mangsa tetapi mangsa tidak berdaya melawan nya. Suspek dipercayai telah mencekik mangsa sehingga mati.

"Setelah mencekik mangsa hingga mati, suspek mencuri wang mangsa berjumlah 800,000 Rupiah (RM230) dan sebuah telefon bimbit,” ujar Budi Satria.

Nunur melarikan diri ke Kalideres, Jakarta sejurus kejadian itu berlaku namun, pihak berkuasa telah berjaya mengesan suspek dan kemudian nya dia berjaya ditangkap

Akibat suspek melawan ketika ditahan pihak polis ,terpaksa menembak suspek di bahagian kaki.

Pihak polis juga turut menyita beberapa barang bukti seperti motosikal,bantal,selipar,baju kemeja dan kain.Editor: Ila

loading...
loading...

0 Response to "Tersinggung Kerap Di Tanya "Bila Hendak Kahwin?" Lelaki Nekad Bunuh Jiran"

Catat Ulasan