SinarHairan

Tragedi Kebakaran Di Pangsapuri Penjawat Awam

loading...

PUTRAJAYA - Satu unit pangsapuri kuarters penjawat awam di tingkat empat, Blok B1, Presint 16, telah terlibat dalam kebakaran kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Ketika kejadian berlaku dipercayai penghuni tiada di rumah.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut, namun rumah berkenaan mengalami kerosakan teruk terutama di bahagian bilik tidur utama.

Menurut jurucakap bomba, Che Shaari Abdullah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.15 malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Ketika dihubungi, beliau berkata seramai 23 pegawai dan anggota bomba bersama empat jentera bomba tiba di lokasi dan berjaya memadam kebakaran tersebut pada jam 9.35 pm.

"Sebaik saja tiba di lokasi, kami dapati bilik tidur utama di unit pangsapuri yang berada di tingkat empat itu terbakar.

"Kerja pemadaman api dilakukan menggunakan dua saluran hos air iaitu satu saluran ke dalam bangunan, manakala satu lagi pancutan dari luar." katanya

Beliau turut berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Sumber:Berita Harian , Editor:Farhana





1
loading...
loading...

0 Response to "Tragedi Kebakaran Di Pangsapuri Penjawat Awam"

Catat Ulasan