SinarHairan

Hidup Ketakutan Akibat Gambar Bogel

loading...


Seorang wanita dikatakan telah kerugian sebanyak RM40,000 dan terpaksa hidup didalam keadaan ketakutan kerana diugut video dan gambar bogel nya di sebarkan.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Amy,24, adalah seorang pembantu kerani yang berasal dari Taman Meru Jaya ,Ipoh.

Mangsa dikatakan telah berkenalan dengan seorang pengguna lama sosial yang menggunakan nama Morgan Deavour Andrew,35 ,pada September yang lalu.

Pada awal perkenalan mereka hanya berbual menerusi laman sosial berkenaan sebelum perkenalan mereka menjadi lebih rapat sehingga mereka berbual melalui telefon dan juga aplikasi Whatsapp.


"Lelaki tersebut mendakwa dia berasal dari Amerika Syarikat (AS) dan bekerja sebagai seorang jurutera sivil.Manakala ibu nya telah menghidap penyakit hepatitis B serta sakit buah pinggang.

"Semakin hari semakin rapat hubungan kami selepas tiga bulan berkenalan di media sosial pada November yang lalu.Dia juga mendakwa bahawa dompetnya hilang dan menyatakan hasrat dia ingin meminjamkan sedikit wang bagi rawatan ibunya.

"Kemudian atas dasar kepercayaan saya telah memasukkan sejumlah wang kira-kira RM24,000 ke dalam akaun bank milik seorang wanita tempatan yang telah diberikan oleh lelaki tersebut,"katanya.

Amy mendakwa, lelaki itu turut berjanji ingin membuat pelaburan di Malaysia serta dia mahu membeli rumah atas namanya.

"Pada 18 Januari yang lalu, lelaki tersebut telah menghantar pesan ringkas menyatakan bahawa pihak Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dia memerlukan RM3,500 sebagai denda untuk dibebaskan, kemudian lelaki terbabit meminta lagi sejumlah wang kira-kira RM11,500 yang kononnya bagi membayar denda bagasi berserta cukai.

"Saya yang percaya akan lelaki tersebut kemudiannya memasukkan wang sebanyak RM15,000 yang dipinjam kepada seorang rakan ke dalam dua akaun bank milik wanita tempatan yang telah diberikan oleh lelaki tersebut, sebelum bergegas ke KLIA,".katanya.

Sebaik membuat semakan mengenai masalah tersebut di KLIA, dia dimaklumkan bahawa tidak ada lagi kes sedemikian sebelum lelaki berkenaan meminta wang yang berjumlah RM12,000.

"Saya memgatakan bahawa saya tiada wang lagi,namun lelaki tersebut telah mengugut ingin menyebarkan gambar bogel saya di media sosial.

"Sepanjang perkenalan kami di alam maya,saya pernah menghantar dua gambar di dalam keadaan saya tidak berpakaian kepadanya serta pernah membuat panggilan video ketika berada di dalam keadaan yang sama,"katanya.

"Selama kira-kira lima bulan perkenalan kami, dia hanya mahu berbual di dalam laman sosial serta membuat panggilan melalui telefon.

"Semasa membuat panggilan video,paparan skrin lelaki itu hanya gelap dan saya tidak menyangka boleh terpedaya dengan nya.

"Saya amat menyesal dan berasa bimbang kerana gambar serta video itu akan tersebar dan berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas kes ini,"katanya yang turut membuat dua laporan polis pada 13 dan 22 Januari yang lalu.

Mangsa juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 15 Januari yang lalu.Dia juga berharap kejadian ini dapat didedahkan dan dapat menjadi iktibar kepada orang lain agar tidak terpedaya dengan taktik penipuan cinta di dalam media sosial.Editor: Ila



loading...
loading...

0 Response to "Hidup Ketakutan Akibat Gambar Bogel"

Catat Ulasan