SinarHairan

Jururawat Sengaja Meninggalkan Pesakit Di Kaki Lima

loading...

RUSIA - Dua jururawat kejam telah dipecat selepas membuang 'pesakit yang tidak diingini' di atas tanah di luar hospital mereka di Sochi, Rusia,

Kejadian terhadap dua jururawat sanggup membuang pesakit di luar telah menjadi viral di facebook, ianya berlaku di sebuah hospital di Rusia kerana mereka 'tidak memerlukannya'. Tugas seorang jururawat adalah merawat pesakit, bukannya membuang atau abaikan pesakit.

Video CCTV menunjukkan bagaimana mereka membawa pesakit itu dari jabatan kecemasan ke tempat kejadian dengan mengunakan kerusi roda dan meninggalkannya pesakit begitu sahaja.

Dalam kata lain, pesakit kelihatan terletak di atas tanah dengan luka berdarah di kakinya.

Tempat kejadian itu adalah di Sochi, salah satu bandar raya Rusia yang menganjurkan Piala Dunia FIFA tahun ini, dan pendedahan itu menyebabkan kemarahan di resort Laut Hitam.


“Jururawat syaitan, mereka hanya melemparkan pesakit yang tidak diingini,” adalah salah satu komen dari netizen-netizen yang menyaksikan rakaman CCTV itu.

Ketua hospital setempat, Marina Vartazaryan berkata: "Kami pandang serius terhadap tindakan yang jururawat ini lakukan”.

“Sudah tentu setiap pesakit boleh menjalani rawatan pesakit luar. Ini adalah benar, tetapi mestilah melakukan proses-proses tertentu seperti permintaan bertulis,” Kata Jururawat yang telah dipecat.

Jururawat itu mendakwa pesakit memberitahu mereka dia mahu keluar dari hospital dan berkata rakannya sedang menunggu, tetapi sudah lama menunggu tidak ada tanda-tanda yang rakannya itu datang.

Siasatan mendapati mereka sengaja membuang pesakit yang mereka lihat sebagai terlalu sukar untuk merawat dan kawal emosi pesakit itu.

Seorang saksi mendedahkan bahawa dia telah mencabar jururawat, selepas jururawat membuang pesakit itu pada suhu yang amat sejuk.

Selepas penduduk tempatan melaporkan nasib lelaki itu ke perkhidmatan kecemasan, sebuah ambulans dipanggil untuk membawanya kembali ke hospital yang dirawatnya, kata pegawai.

Ketua doktor yang bertugas di Hospital Nombor 4 di bandar itu juga sedang disiasat atas kejadian yang mengejutkan itu, katanya. - Editor: Amylea Nazrul







loading...
loading...

0 Response to "Jururawat Sengaja Meninggalkan Pesakit Di Kaki Lima"

Catat Ulasan