SinarHairan

Mayat Lelaki Dijumpai Di Telok Datok.

loading...

BANTING: Seorang lelaki dipercayai telah terjun daripada sebuah jambatan telah ditemui selepas lebih daripada 24 jam tempoh kehilangannya di Jambatan Banting, petang semalam.

Bagaimana pun, lelaki berkenaan disahkan telah meninggal dunia dan mayatnya mula giat dicari dengan bantuan daripada penduduk dan pihak berkuasa.

Mayat mangsa dipercayai telah ditemui kira-kira lima kilometer daripada jambatan terbabit yang terletak di Telok Datok.

Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor, beliau berkata bahawa kerja mencari dan menyelamat itu sudah masuk hari yang kedua selepas bomba menerima panggilan daripada keluarga mangsa, pada petang semalam.

"Bomba menemui mangsa pada jam 4.29 petang tadi pada jarak lima kilometer dari Jambatan Banting.”

"Mayat mangsa yang berusia 59 tahun, diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Dalam pada masa yang sama, ahli keluarga mangsa juga turut memaklumkan bahawa mangsa telah terjun daripada jambatan itu sejurus dia meminta kereta yang dinaiki mereka diberhentikan buat seketika dengan alasan hendak muntah.

Operasi untuk mencari dan menyelamat mangsa telah membabitkan 14 anggota daripada dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Banting dan Shah Alam.

Di samping itu, operasi ini juga turut dibantu oleh enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 10 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman @ A Rahman, ketika dihubungi berkata, mayat mangsa kini telah dihantar ke Hospital Banting untuk dibedah siasat.

Kes ini juga akan segera disiasat oleh pihak berkuasa sebaik sahaja selesai bedah siasat. Editor: Amira



loading...
loading...

0 Response to "Mayat Lelaki Dijumpai Di Telok Datok."

Catat Ulasan