SinarHairan

7 Gambar Bas Sekolah Rempuh Belakang Lori, 2 Maut 1 Parah

loading...

BINTULU: Kemalangan melibatkan dua orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun maut selepas bas sekolah dinaiki mereka merempuh sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 12 Jalan Pesisir Bintulu Miri berhampiran Ladang Sebubu, Samalaju, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.12 pagi itu, bas sekolah berkenaan melanggar bahagian belakang lori membawa muatan besi paip yang diletakkan di bahu jalan.

Difahamkan, kesemua mangsa adalah anak-anak pekerja sebuah ladang sawit di Samalaju dan perjalanan ke sekolah mereka yang terletak di pusat bandar.

Pemandu bas, Ramnelan Samat, 50, mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala, manakala penumpangnya, Nurnadia Syakila, 9, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Empat lagi murid sekolah yang turut menaiki bas berkenaan turut cedera, dengan seorang daripadanya dilaporkan kritikal dan diletakkan di bawah pengawasan rapi pasukan perubatan di Hospital Bintulu.


KEADAAN bahagian depan bas sekolah yang remuk selepas merempuh belakang lori membawa muatan besi paip di KM12 Jalan Bintulu - Samalaju pagi tadi. - Foto Ihsan Pembaca
"Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan datang dari arah sama menuju ke pusat bandar (Bintulu) sebelum bas sekolah itu merempuh bahagian belakang lori terbabit," katanya.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan jabatan itu menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.12 pagi tadi sebelum sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian, masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dan Samalaju.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, seorang mangsa tersepit di tempat duduk (pemandu bas) berikutan keadaan kenderaan yang remuk akibat pelanggaran," katanya.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili ketika dihubungi memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, namun tidak menolak kemungkinan ia disebabkan permukaan jalan licin selepas hujan. Sumber: Berita Harian - Editor: Amylea Nazrul






loading...
loading...

0 Response to "7 Gambar Bas Sekolah Rempuh Belakang Lori, 2 Maut 1 Parah"

Catat Ulasan