SinarHairan

Janda Cantik Meninggal Dunia Selepas Bertemu Pegawai Polis.

loading...

Seorang wanita yang mempunyai wajah cantik telah meninggal dunia dan punca kematiannya menjadi tandatanya orang ramai namun telah terjawab dan ternyata ianya ada kaitan dengan seorang pegawai peringkat pertengahan yang berkhidmat di Balai Polis Pugung.

Suspek yang merupakan seorang Pegawai AKP yang dikenali sebagai AR, kini telah di jamin oleh pihak polis Lampung.

Mangsa yang bernama Atika Mandasari, 28, dipercayai telah meninggal dunia pada 21 Januari 2018 lalu.

Ketika dihubungi Tribun Lampung pada jumaat lalu, 26 Januari, Ketua Polis Daerah Lampung Kombes Pol Hendra Supriatna berkata AR telah di jamin.

Namun beliau masih belum memberikan keterangan lebih lanjut mengenai kematian wanita itu.

"Kes kematian Atika Mandasari yang berlaku selepas mangsa berjumpa dengan pegawai tersebut masih dalam siasatan," kata Hendra

Berdasarkan laporan Tribun Lampung, mangsa dipercayai tinggal di Kota Alam, Kotabumi Selatan.

Mangsa dipercayai maut selepas bertemu AR pada minggu lalu kira-kira jam 3.00 petang.

Mangsa yang merupakan janda beranak satu itu menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan mulut berbuih dan sempat memuntahkan cairan berwarna hitam.

Ditambah lagi, terdapat kesan lebam di kepalanya.

Seluruh ahli keluarga dan sahabat bersedih atas kematian itu dan memuat naik status di akaun facebook allahyarhamah Atika menunjukkan mereka sedang berduka.

"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, Ya Allah Ya Tuhan kami,ampunilah segala dosa Atika Mandasari,serta terimalah segala amal ibadah nya dan terimalah dia disisi Mu..Amin," tulis Puwan Pager Selga.

"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, semoga dilapangkan kuburnya, diberi ketabahan kepada keluarganya, buat Atika, baru beberapa hari lepas aku bertemu dia dan mendukung anaknya, hari ini mendengar khabar dia sudah meninggal." tulis Lieyok Trianida.

"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Semoga amal ibadah mu diterima disisi Nya wahai kawan, terlalu cepat kamu pergi," tulis ‎Mhey Shunny‎.

Berikut adalah gambar-gambar allahyarhamah ketika masih hidup:





Hendra berkata pegawai yang dikenali sebagai AR itu telah melanggar tatatertib dan akan dikenakan tindakan disiplin oleh pihak polis.

Alasannya adalah kerana suspek sedang berada di luar kawasan perkhidmatan ketika kejadian berlaku.

Menurut maklumat daripada ahli keluarga mangsa, Atika telah dijemput oleh AR pada sabtu 20 Januari dan di ajak pergi ke Pajar Bulan, Kecamatan Way Tenong, Lampung Barat.

Atika pulang ke rumah dalam keadaan basah kuyup pada 21 Januari kira-kira jam 6.00 pagi dan dihantar oleh AR menggunakan kereta berwarna silver, kemudian dihantar ke hospital kerana mengalami sakit perut dan muntah-muntah.

Nyawa Atika tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia. Sumber:TribunNews.com , Editor:Farhana
loading...
loading...

0 Response to "Janda Cantik Meninggal Dunia Selepas Bertemu Pegawai Polis."

Catat Ulasan