SinarHairan

Gadis 11 Tahun Menghantar Mesej Kepada Ibu Sebelum Ditemui Mati

loading...

Seorang gadis yang bernama Ursula Keogh,11 ditemui mati dalam keadaan yang sangat tragis di sebuah sungai di bawah jambatan di Halifax, West Yorkshire pada minggu lalu.

Gadis itu sempat menghantar pesanan ringkas kepada ibunya “Saya sayang ibu tetapi maafkan saya”.

Mangsa dilaporkan hilang oleh ibunya yang merupakan seorang novelis yang terkenal, Nicola Harlow, selepas menerima mesej teks itu.

Pihak polis telah melancarkan pencarian mangsa yang merupakan pelajar sekolah dan menemui mayatnya di sungai di bawah Jambatan Utara pada 22 Januari.


Gadis 11 tahun dilaporkan hilang sebelum dia ditemui di sungai di Halifax, West Yorkshire (Gambar: SWNS.com)

Gadis itu telah menghantar teks menyayat hati kepada ibunya, Nicola Harlow (gambar), pada hari dia meninggal dunia (Gambar: Halifax Courier / SWNS.com)

Kematiannya dianggarkan pada jam 18.55 malam dan dia dikenal pasti oleh ibunya Nicola, penulis yang menulis buku untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Ursula dipercayai mempunyai sejarah cubaan membunuh diri.

Telefon bimbit mangsa ditemui di atas tempat mayatnya ditemui dan terdapat satu nota menunjukkan dia membunuh diri.

Pegawai Koroner Bernard Tate berkata: "Ursula Keogh tinggal bersama ibunya dan mempunyai sejarah cubaan membunuh diri.

Ibunya dilaporkan telah menghubungi polis untuk menyatakan kebimbangan terhadap anak perempuannya dan berkata dia telah menerima pesanan ringkas daripada Ursula yang berkata "Saya sayang ibu tetapi maafkan saya."


Ursula dilaporkan mempunyai sejarah cubaan membunuh diri (Gambar:PA)

 
Nicola bergambar dengan anak perempuannya Ursula semasa berumur lima tahun (Gambar: Halifax Courier / SWNS.com)

Semasa pembicaraan selama lima minit, tiada saksi dipanggil dan punca kematian pelajar itu tidak dinyatakan.


Tempat kejadian di Halifax selepas mayat gadis ditemui oleh pegawai (Gamabr: SWNS)

Penolong koroner David Urpeth berkata ini adalah satu kes yang sangat tragis yang melibatkan kematian seorang gadis muda.

"Kes kematian kematian telah diserahkan kepada polis untuk siasatan."

Ibu Ursula tidak menghadiri perbicaraan.” Kata David Urpeth

Mahkamah telah menangguhkan perbicaraan itu sehingga 10 April untuk semakan. Editor:Farhana
loading...
loading...

0 Response to "Gadis 11 Tahun Menghantar Mesej Kepada Ibu Sebelum Ditemui Mati"

Catat Ulasan