SinarHairan

Video - Kanak - Kanak 7 Tahun Di Gari Selepas Belasah Guru

loading...

MIAMI- Pihak polis Florida telah mendakwa bahawa mereka telah mengikut protokol piawaian sebelum menangkap seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun dan menggarinya.

Kanak-kanak itu dikatakan telah bertindak menumbuk gurunya berulang kali, menendang serta telah menarik rambut guru tersebut.

Ianya berpunca apabila guru di Pusat K-8 Coral Way di Miami bertindak menegur kanak-kanak terbabit kerana dia bermain dengan makanannya semasa berada di kafeteria pada hari Khamis lalu.

Kanak-kanak terbabit yang berang dengan teguran guru nya itu bertindak memukul sehingga dia terjatuh ke atas lantai.

Menurut Akta Kesihatan Mental Florida, kanak-kanak itu telah menjalani pemeriksaan kerana kelakuan nya yang boleh mendatang kan ancaman kepada diri sendiri serta orang yang berada di sekeliling.

Walau bagaimanapun, ibu kepada kanak-kanak terbabit Mercy Alvarez berkata, anak kesayangan nya itu tidak pernah mengalami sebarang masalah mental.

Ibunya mendakwa bahawa tindakan itu adalah satu penyalahgunaan kuasa. Dia juga sedang mencari punca mengapa anak nya bertindak diluar kawalan sejak sesi persekolah bermula tahun ini.

Sebelum ini anak nya itu merupakan pelajar yang pintar kerana memperoleh gred yang bagus didalam kelas nya,malah dia juga selalu mengambil bahagian dia dalam aktiviti di sekolahnya dan sentiasa berkelakuan baik terhadap kakitangan sekolah.

Video tangkapan kanak-kanak ini menjadi tular di media sosial selepas pihak polis telah bertindak menggari kedua-dua belah tangan kanak-kanak ini sebelum di bawa ke hospital bagi pemeriksaan selanjutnya. Editor: Ila






loading...
loading...

0 Response to "Video - Kanak - Kanak 7 Tahun Di Gari Selepas Belasah Guru"

Catat Ulasan