SinarHairan

5 Gambar Mayat Di Jumpai Di Taman Desa Damai

loading...

Seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya telah ditemui dalam keadaan menyayat hati dan lelaki tersebut dipercayai telah meninggal dunia.

Mayat lelaki itu telah ditemui di tempat longgokan sampah di hadapan sebuah rumah di Taman Desa Damai, Jitra, Kedah.

Masa kejadian bagaimana pun tidak diketahui dan tidak dinyatakan.

Berdasarkan gambar, lelaki itu kelihatan memakai baju berbelang yang berwarna merah, kuning dan kelabu, memakai seluar berwarna hitam dan juga kasut berwarna hitam.

Penemuan lelaki itu menggemparkan rata-rata penduduk di kawasan terbabit kerana mereka tidak menyangka bahawa mayat tersebut diletakkan dalam keadaan terdedah kepada perhatian umum.

Orang ramai yang mengetahui berita tersebut mula datang untuk menyaksikan sendiri mayat lelaki itu.

Mayat itu akan segera dibawa ke hospital untuk diketahui punca kepada kes ini.

Pihak polis yang datang ke tempat kejadian sebaik sahaja laporan dibuat menyatakan bahawa kes ini akan segera disiasat untuk segera mengetahui punca dan menangkap suspek jika disabitkan kesalahan. Editor: Amira





loading...
loading...

0 Response to "5 Gambar Mayat Di Jumpai Di Taman Desa Damai"

Catat Ulasan