SinarHairan

7 Gambar Dua Beradik Ditemui Berpelukan Di Atas Pokok.

loading...

TERENGGANU: Dua adik beradik yang dipercayai hilang ketika bermain di kawasan tali air telah ditemui dalam keadaan selamat dan berpelukan di atas sebatang pokok di Kampung Limbong semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Zaidanie Ammar Zaidi, 4, dan abangnya Muhammad Zaidanie Amsyar Zaidi, 6, mula disedari hilang oleh ahli keluarganya sejak jam 4 petang selepas keluarganya mendapati bahawa dua beradik itu tiada di kawasan rumah.

Selepas berita kehilangan mereka tersebar, penduduk kampung mula mencari dua beradik itu dan Penemuan selipar serta baju mereka di tebing tali air menyebabkan penduduk beranggapan bahawa mereka berdua telah hilang dan dikhuatiri lemas.

Bagaimana pun, tiada siapa yang menduga bahawa kanak-kanak pada usia itu mampu untuk menyelamatkan diri daripada tenggelam di dalam air pasang sedalam kira-kira dua meter.

Menurut nenek kepada mangsa iaitu Rogayah Ibrahim, 60, berkata, dia sekeluarga berasa sangat cemas dan takut apabila dua beradik itu hilang dan usaha mencari di sekitar tali air dikatakan tidak berhasil.

Apa yang lebih menambah keresahan mereka sekeluarga adalah apabila sepasang selipar dan seluar yang dipakai mereka ditemui di tebing tali air membuatkan hati keluarganya berasa sangat risau.

“Ibu mereka tinggalkan anak-anak di rumah ibu saudaranya berhampiran rumah saya.”

“Apabila ibu mereka pulang keduanya telah hilang dan laporan polis dibuat kerana bimbang mereka lemas ketika bermain di tali air,” katanya. 

Berdasarkan laporan daripada Penolong Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Mohd Zailani Abdullah berkata, kedua-dua mangsa telah ditemui dalam keadaan selamat selepas beberapa jam mereka berdua disyaki hilang.

“Seramai 14 anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat kedua beradik ini.”

“Kita menggunakan teknik ‘Fan Searching’ untuk mencari mangsa dan akhirnya mereka berjaya ditemui pada jam 9.47 malam.”

“Mereka ditemui dalam jarak 800 meter dari lokasi selipar ditemui,”katanya,” katanya.

Sewaktu ditemui, kedua-dua mangsa dikatakan dalam keadaan berpelukan di atas sebatang pokok menandakan bahawa mereka berdua berusaha menyelamatkan diri daripada air pasang.

“Untuk makluman pada malam ini air pasang agak besar iaitu mencecah 3.4 meter.”

“Paras air yang tinggi lebih kurang dua meter, mangsa berusaha memanjat pokok sehinggalah ditemui.”

“Keseluruhannya operasi kali ini berjaya dengan kekuatan anggota yang ada dan dibantu penduduk,” katanya.

Selepas kedua-dua mangsa yang juga murid Sekolah Tadika Kemas Gong Gemia berjaya ditemui, mereka berdua telah dibawa ke klinik Kesihatan Paka untuk membuat pemeriksaan lanjut. Sumber: E Berita, Editor: Amira


Image result for Dua beradik ditemui berpelukan di atas pokok

Image result for Dua beradik ditemui berpelukan di atas pokok

Image result for Dua beradik ditemui berpelukan di atas pokok



loading...
loading...

0 Response to "7 Gambar Dua Beradik Ditemui Berpelukan Di Atas Pokok."

Catat Ulasan