loading...
INDONESIA: Seorang isteri bertindak di luar jangkaan apabila dia nekad untuk mengakhiri kehidupannya apabila dia bertindak meminum kopi yang bercampur dengan racun ikan.
Wanita tersebut dipercayai bertindak sedemikian apabila perasaan cemburunya menguasai diri apabila dia mengetahui bahawa suaminya mempunyai wanita lain.
Mangsa yang dikenali sebagai Saminah, 36 tahun ditemui meninggal dunia di dalam dapur rumahnya dalam keadaan mulut berbuih di Desa Kecamatan Wonosalam, Jombang, Timur Jawa Indonesia, semalam.
Bagaimanapun, kejadian itu mula disedari oleh suaminya iaitu Ardi Siswanto, 39 tahun ketika dia hendak masuk ke bilik air kira-kira pada pukul 6.30 pagi.
Menurut laporan daripada Detik News, Ardi yang terkejut sebaik sahaja melihat isterinya bertindak membawa mangsa ke hospital dan disahkan meninggal dunia oleh doktor.
Pihak polis yang tiba sejurus sahaja laporan dibuat mendapati bahawa terdapat sebiji cawan yang berisi kopi dan beberapa ketul racun ikan jenis potassium ditemui di dapur rumah berkenaan.
Racun itu dipercayai milik suami kepada mangsa kerana lelaki itu dipercayai sering memancing ikan dengan menggunakan potassium.
Namun, sebelum kejadian berlaku, Saminah dan suaminya dikatakan bertengkar sesama sendiri gara-gara suaminya Ardi mempunyai hubungan dengan perempuan lain.
Berdasarkan laporan bedah siasat, pihak hospital mendapati bahawa di sekitar badan mangsa tiada kesan kecederaan teruk yang dijumpai.
Pihak berkuasa tempatan menyifatkan kes ini sebagai kes pembunuhan. Sumber: Astro Awani, Editor: Amira
loading...
loading...
0 Response to "Wanita Bunuh Diri Gara-Gara Suami Curang."
Catat Ulasan