SinarHairan

Gara-Gara Tidak Tahan Dengan Bunyi Tangisan, Pembantu Rumah Dera Bayi 18 Bulan.

loading...

PUNJAB: Oleh kerana tidak tahan dengan bunyi bising yang dilakukan oleh seorang bayi kecil yang berusia 18 bulan, seorang pembantu rumah bertindak memukul dan menyeksa bayi tersebut sehingga mengalami kecederaan.

Peristiwa suspek iaitu pembantu rumah kepada keluarga kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Parveen, 35, itu telah berjaya dirakam menerusi rakaman kamera yang disembunyikan oleh ibu bapa bayi terbabit bagi melihat sendiri perkara tersebut.

Menurut bapa kepada bayi tersebut iaitu Sukhdev Singh, mereka sekeluarga merancang untuk memasang kamera tersebut kerana mereka mendapati ada kesan lebam di bahagian badan bayi mereka.

Melalui rakaman tersebut, ibu bapa bayi itu tidak menyangka bahawa pembantu rumah mereka akan bertindak sekejam itu dengan memukul bayi yang masih kecil.

Tindakan pembantu rumah terbabit boleh dilihat apabila dia bertindak memukul bayi perempuan itu dengan menggunakan rotan halus yang panjang dan memukulnya di bahagian kaki dan juga punggung bayi itu.

Oleh kerana tidak dapat menahan sakit, bayi itu dilihat menangis namun pembantu rumah terbabit langsung tidak mengendahkan tangisannya itu serta terus memukulnya lagi.

Berdasarkan pengakuan daripada ibu bapa mangsa, mereka mendakwa bahawa mereka pernah terlihat kesan gigitan di bahagian pipi anak mereka namun perbuatan pembantu tersebut tidak sempat dirakam.

Akibat daripada perkara tersebut, mereka sekeluarga berniat merakam peristiwa yang berlaku di rumah mereka dengan meninggalkan telefon bimbit di satu ruangan yang membolehkan ia merakam kejadian itu.

Bagaimana pun, menerusi rakaman tersebut pembantu rumah itu telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa dan di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Pihak polis menyatakan bahawa wanita terbabit telah mengaku kesalahannya itu iaitu dengan memukul bayi terbabit dan tindakan akan segera diambil. Sumber: Astro Awani, Editor: Iera

 




loading...
loading...

0 Response to "Gara-Gara Tidak Tahan Dengan Bunyi Tangisan, Pembantu Rumah Dera Bayi 18 Bulan."

Catat Ulasan