SinarHairan

Saleem Alami Sakit Kepala Kronik Kerana Ada Ketulan Darah Beku

loading...

Saleem, penyanyi yang berusia 56 menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak rabu lalu kerana mengalami sakit kepala kronik.

Kini, keadaannya semakin stabil dan Saleem berkata sebelum ini dia hanya menganggap sakit kepala biasa kerana tidak cukup rehat.

Ketika ditemui oleh Berita Harian Online, Saleem mengakui dia terlalu sibuk sejak kebelakangan ini kerana memenuhi undangan persembahan dan kerap berulang-alik ke Sabah.

Salah satu punca menjadi Saleem kurang rehat adalah dia baru pulang dari mengikuti siri jelajah ke kawasan pendalaman di Sabah hampir dua minggu.

Katanya dia tidak menghiraukan sakit kepala tersebut walaupun kepala rasa hendak pecah dan tidak pernah mengalami kesakitan tersebut sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Saleem berkata isterinya berasakan ada yang tidak kena apabila dia hampir kemalangan ketika memandu dan lebih merisaukan apabila keadaan Saleem dilihat dalam keadaan lemah dan tidak bermaya ketika itu.

Isteri Saleem,Juriah @ Julia Bachok menghantar Saleem ke hospital dengan segera dan hasil pemeriksaan mendapati ada ketulan darah beku di kepala kerana kekurangan oksigen.

Penyanyi tersebut akui terkejut selepas dimaklumkan mengenai keadaannya dan berasa bimbang sekiranya ada ketumbuhan, kanser atau penyakit kronik lain.

Selepas doktor memberi ubat dan oksigen, keadaan Saleem semakin sihat dan tidak berasa sakit kepala lagi.

Saleem berkata lagi, dia akan kembali sibuk pada bulan April akan datang dengan siri jelajah di Sabah selama sebulan. Editor:Anna
loading...
loading...

0 Response to "Saleem Alami Sakit Kepala Kronik Kerana Ada Ketulan Darah Beku"

Catat Ulasan