loading...
Pelakon yang dikenali sebagai Datin Paduka Eina Azman sering menjadi bualan dalam kalangan masyarakat dan juga pengikutnya di laman sosial Instagram apabila dia sering sahaja memaparkan kisah kehidupan mewahnya bersama keluarga di samping turut menjadi sumber rujukan untuk memasak.
Terbaru, nama Eina Azman sekali lagi menjadi bualan hangat apabila dia dan suaminya telah memberikan hadiah jam tangan mewah iaitu Rolex yang berharga berbelas ribu ringgit kepada kedua-dua cahaya matanya iaitu Karl Kareef serta Arianna Aubery.
Jam tersebut dipercayai sebagai hadiah hari lahir mereka ketika mereka sekeluarga menyambut hari lahir anak kembarnya itu di Pulau Pinang.
Khabarnya, Eina juga turut membawa keluarganya ke pulau terbabit untuk menyambut hari lahir anaknya itu.
Mungkin tindakan yang dilakukan oleh Eina dan suaminya itu adalah tanda kasih sayangnya untuk anak kembarnya itu. Sumber: Beautifulnara, Editor: Iera
loading...
loading...
0 Response to "Hadiah Jam Tangan Mewah Sempena Hari Lahir."
Catat Ulasan