SinarHairan

Dua Orang Maut Dipijak Gara-Gara Gajah Naik Minyak

loading...

BANGLADESH: Seekor gajah dipercayai berang dan naik minyak apabila gajah terbabit telah mengamuk dan merempuh sebuah kem pelarian yang didiami oleh pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Dalam kejadian terbabit, dua orang pelarian termasuk seorang kanak-kanak telah meninggal dunia gara-gara dipijak oleh gajah berkenaan.

Kejadian itu bagaimana pun telah menyebabkan hampir kesemua pelarian bertempiaran lari meninggalkan tempat tinggal masing-masing daripada menjadi mangsa keganasan gajah terbabit.

Detik-detik cemas itu juga turut dirakam di mana kebanyakan daripada mereka mencuba sedaya upaya untuk menghalau gajah terbabit namun gajah itu didapati semakin liar dan tidak dapat dikawal.

Akibat daripada tindakan gajah terbabit, hampir beberapa pondok yang menjadi tempat pelindungan pelarian tersebut telah musnah kerana dipijak oleh gajah terbabit.

Difahamkan, kejadian seperti ini kerap berlaku di kawasan terbabit namun untuk kali ini kejadian ini telah meragut nyawa buat kali pertama. Sumber: Astro Awani, Editor: Iera



Kredit Video: Dhaka Tribune










loading...
loading...

0 Response to "Dua Orang Maut Dipijak Gara-Gara Gajah Naik Minyak"

Catat Ulasan