loading...
Nama pelakon Izreen Azminda telah berjaya mencetuskan berita yang hangat sejak beberapa bulan yang lalu gara-gara pernikahannya dengan suami orang.
Kebanyakan netizen terkejut dengan berita terbabit dan ramai juga yang tidak ketinggalan mengecam tindakan yang dilakukan Izreen.
Terbaru, kehidupan Izreen sekali lagi diganggu apabila seorang pengguna laman sosial telah mencetuskan kontroversi dengan mempersoalkan status anak Izreen yang terhasil daripada pernikahannya sebelum ini dengan Riza Baharudin.
Tindakan netizen tersebut dianggap keterlaluan kerana dia telah menyamakan anak Izreen dengan anak kepada pelakon Amyra Rosli.
Difahamkan, persoalan itu telah disoal oleh pengguna terbabit di laman sosial Instagram milik Izreen dan oleh kerana tidak tahan dengan tindakan tersebut Izreen bertindak membalas persoalan tersebut dengan nada marah.
Semoga Izreen bertabah dan bersabar dengan tomahan yang diberikan oleh netizen. Sumber: Oh Bulan, Editor: Iera
loading...
loading...
0 Response to "Izreen Azminda Bengang Apabila Status Anaknya Dipersoalkan Dan Disamakan Dengan Anak Amyra Rosli"
Catat Ulasan