SinarHairan

Sufian Suhaimi Menangis Kerana Peritnya Putus Tunang

loading...
Sufian Suhaimi Menangis Kerana Peritnya Putus Tunang

Steady bro, tumpu pada karier, inshaAllah akan datang jodoh yang terbaik.

Penyanyi Sufian Suhaimi menerusi portal mStar Online akui air mata jantannya menitis kerana terlalu sedih dan merasa perit terpaksa memutuskan pertunangan dengan Elfira Loy.  Walaubagaimanapun, sama seperti Elfira, Sufian juga sudah redha dengan apa yang berlaku.
Sejujurnya saya akui memang sangat sedih. Apabila perkara ini berlaku, jatuh jugalah air mata ‘jantan’ saya tapi bukanlah di hadapan kamera.

Tapi Alhamdulillah, saya ada sokongan daripada keluarga, rakan-rakan artis yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan peminat yang tidak pernah putus mendoakan saya. Saya redha dan menerima segala takdir yang sudah tertulis dengan tenang dan ketentuan dari Allah SWT.
Sufian Suhaimi Menangis Kerana Peritnya Putus Tunang

Buat masa ini, Sufian belum terfikir untuk mencari pengganti mahupun kembali ke alam percintaan dan ingin memberikan tumpuan kepada karier nyanyiannya yang baru sahaja ingin meningkat naik.

Sufian Suhaimi Menangis Kerana Peritnya Putus Tunang

Terdahulu, Sufian dan Elfira mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 selepas beberapa bulan berkenalan. Namun, kedua-duanya membuat keputusan untuk berpisah atas persetujuan keluarga. Mereka sepatutnya mendirikan rumah tangga pada 23 atau 24 Mac ini.

sumber: beautifulnara
loading...
loading...

0 Response to "Sufian Suhaimi Menangis Kerana Peritnya Putus Tunang"

Catat Ulasan