loading...
KUALA LUMPUR: Seorang selebriti terkenal Filipina iaitu Ruffa Gutierrez telah memilih Malaysia sebagai tempat bagi percutiannya bersama keluarga namun lain pula yang terjadi apabila percutiannya itu telah dihimpit dengan satu berita panas yang berlaku.
Percutian yang sepatutnya menjadi salah satu memori indah itu telah bertukar menjadi pengalaman yang hitam apabila dia mendakwa bahawa anak-anaknya telah menjadi mangsa gangguan seksual oleh sekumpulan lelaki ketika mereka sekeluarga berada di sebuah taman teman di Subang Jaya.
Menurut selebriti berkenaan yang merupakan bekas peserta Miss World 1993, dia mendakwa bahawa terdapat sekumpulan lelaki dipercayai telah mengeluarkan kata-kata yang berbaur lucah, serta mereka juga turut mencuba untuk mengambil gambar dua anak perempuannya iaitu, Lorin Gabriella, 15 tahun dan Venice Bektas, 14 tahun.
Oleh kerana marah, dia bertindak menyelar pihak berkenaan dan turut marah dengan tindakan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan dan dia menganggap bahawa perbuatan tersebut adalah tidak bermoral.
Namun, melalui perkembangan terbaru yang dikongsi olehnya di laman sosial Twitter, dia memberitahu bahawa pihak pengurusan taman tema air berkenaan telah menghubunginya secara peribadi bagi memohon maaf ke atas kejadian yang berlaku itu.
Ternyata, perkara ini telah menjadi tular di media sosial dan dalam pada masa yang sama, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari turut memberitahu bahawa setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis yang dibuat oleh selebriti berkenaan mengenai kejadian ini.
Bagaimanapun, kejadian sebegini telah menjadi perbualan yang hangat dalam kalangan pengguna laman media sosial dan rata-rata mereka menganggap ia adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku, di samping dapat memberi imej yang buruk kepada negara dari pandangan pelancong asing. Sumber: Astro Awani, Editor: Iera
loading...
loading...
0 Response to "Bekas Miss World Filipina Dakwa Anaknya Diganggu Ketika Bercuti Di Malaysia."
Catat Ulasan