SinarHairan

Isteri Kerat Zakar Suami Hingga Putus

loading...

INDIA: Seorang isteri bertindak ganas apabila dia bertindak mengerat zakar milik suaminya selepas dia mendakwa bahawa suaminya itu mempunyai hubungan sulit di belakangnya.

Difahamkan, perbuatan kejam itu telah berlaku di Joginder Nagar, Utara India.

Wanita terbabit bertindak sedemikian kerana terlalu sedih dan tidak menyangka bahawa suaminya itu akan bertindak sedemikian dengan berlaku curang dengan perempuan lain walaupun dia sudah berkahwin.

Malah apa yang lebih mengejutkan wanita terbabit juga turut membuang zakar yang dipotongnya itu ke dalam mangkuk tandas.

Mangsa yang dikenali sebagai Azad Singh kini dikatakan berada dalam keadaan kritikal dan dia kini dirawat di sebuah hospital kerana mengalami pendarahan yang serius susulan serangan yang berlaku di rumahnya itu.

Menurut pihak polis, isteri mangsa iaitu Sukhwant Kaur dikatakan bertindak sedemikian dan sanggup menunggu suaminya itu tidur terlebih dahulu sebelum dia bertindak memukul mangsa dengan menggunakan sebatang besi sehingga ianya pengsan.

Setelah melihat suaminya itu tidak sedarkan diri, suspek bertindak mengambil pisau lalu memotong zakar suaminya itu sehingga putus.

Bapa kepada mangsa yang menyedari kejadian itu segera melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa dan kes ini bagaimana pun akan segera disiasat. Sumber: E Berita, Editor: Iera 



loading...
loading...

0 Response to "Isteri Kerat Zakar Suami Hingga Putus"

Catat Ulasan