loading...
SHAH ALAM: Dua orang wanita dipercayai telah meninggal dunia selepas kereta yang dinaikinya telah melanggar satu tembok batu berhampiran dengan Plaza Tol Batu Tiga semalam selepas mangsa dikatakan selesai menyambut hari lahirnya yang ke 27 tahun.
Ketika kejadian itu berlaku, mangsa dan juga kawannya dipercayai dalam perjalanan pulang sejurus sahaja majlis selesai dan apabila sampai ke tempat kejadian kereta yang dipandunya mulai hilang kawalan dan terbabas.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, kejadian terbabit dijangka berlaku pada jam 12.55 tengah malam tadi di mana mangsa iaitu Noor Hidayah Mohamed Rezmi, 27 dan kawannya Fathurezza Khoirul Huda Halimsuyto, 31, berada dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur untuk menghala ke Shah Alam.
"Siasatan awal mendapati, Fathurezza Khoirul Huda dipercayai memandu secara laju dan gagal mengawal kenderaan terbabit lalu merempuh tembok tol itu."
"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat 9.30 pagi ini," katanya.
Tambahnya lagi, melalui maklumat pengenalan diri yang dijumpai, pihaknya mendapati bahawa mangsa, Fathurezza Khoirul Huda adalah seorang mekanik di Padang Jawa, Shah Alam manakala Noor Hidayah pula dipercayai tinggal di Seksyen 24, Shah Alam.
“Polis sudah menghubungi dan memaklumkan kepada waris kedua-dua mangsa,” ujarnya.
Bagaimana pun, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mengetahui punca kejadian ini berlaku.
Dalam pada masa yang sama, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada 12.46 tengah malam dan mereka tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.
"Setiba di lokasi, bomba mendapati dua mangsa tersepit di bahagian hadapan tempat duduk pemandu dan penumpang."
"Mangsa tersepit akibat rempuhan kuat di bahagian hadapan Perodua Myvi berwarna emas dengan pembahagi antara tol terbabit."
"Bomba mengambil masa kira-kira tujuh minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit."
"Akibat rempuhan itu juga, enjin kenderaan terbabit remuk," katanya.
Sebaik sahaja berjaya dikeluarkan, kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah sebelum mayat mereka diserahkan kepada pihak polis.
Katanya lagi, operasi untuk mengeluarkan mayat mangsa itu telah disertai oleh 12 anggota pegawai dan juga anggota BBP Subang Jaya.
Menurut beberapa sumber, kemalangan maut terbabit adalah kejadian kedua yang berlaku di mana ianya telah membabitkan kematian selepas Plaza Tol Batu Tiga ditutup secara rasmi pada 1 Januari lalu. Sumber: Eberita, Editor: Iera
loading...
loading...
0 Response to "Langgar Tembok Batu Selepas Majlis Hari Lahir"
Catat Ulasan