loading...
TAWAU: Satu kebakaran yang membabitkan dua blok bangunan kayu di sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sentosa telah musnah dijilat api semalam.
Kebakaran terbabit telah memusnahkan bangunan sekolah tersebut yang mana ianya telah menempatkan pejabat sekolah, bilik kakitangan, dewan dan bilik keagamaan.
Difahamkan, kebakaran tersebut telah bermula kira-kira pada jam 12.15 tengahari namun semua pelajar dan kakitangan sekolah terselamat kerana pihak sekolah telah menamatkan sesi persekolahan sekitar jam 11.20 pagi.
Menurut sumber, kebakaran itu difahamkan bermula daripada pejabat sekolah sehingga ianya merebak ke kawasan lain sehingga ia menyebabkan puluhan pelajar yang masih menunggu ibu bapa mereka untuk dibawa pulang bertempiaran lari bagi menyelamatkan diri.
"Kebanyakan murid dan kakitangan SK Sentosa sudah pulang ke rumah, hanya beberapa orang yang masih di situ," kata seorang pegawai sekolah.
Dalam pada masa yang sama, Pengetua SK Sentosa Sofiah Mohd Ali berkata, sekolah itu akan berpindah tidak lama lagi di tapak yang baru manakala buat masa sekarang mereka hanyalah menumpang blok sementara di SK Batu 4.
"Syukurlah, tidak ada yang cedera dalam kebakaran itu. Kebanyakan fail pentadbiran sekolah, komputer dan perlatan lain musnah dan ianya sangat menyedihkan," katanya.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudi Delamin dia berkata bahawa pihaknya ada menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.28 tengahari dan sebaik sahaja ianya disahkan, empat trak bomba dengan 19 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.
Tambahnya lagi, pihaknya juga berjaya memadamkan api berkenaan pada pukul 1.05 petang.
loading...
loading...
0 Response to "Dua Blok Bangunan Sekolah Musnah Dijilat Api"
Catat Ulasan