SinarHairan

Sedih ! Kanak- Kanak Temui Ajalnya Kerana Lemas Dalam Baldi

loading...

TUMPAT- Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia setahun enam bulan dipercayai lemas selepas dia tersembam di dalam baldi yang penuh dengan air di depan rumahnya terletak di Kampung Talak.

Mangsa yang bernama Nurul Hidayah Mohd Rozaimi telah dikejarkan ke Hospital Tumpat pada hari Isnin lepas kira-kira pukul 10 pagi. Mangsa dikatakan tidak sedarkan diri dah seluruh muka nya telah bertukar menjadi kebiru-biruan.

Menurut ibu mangsa Malini Mazlan, 29,berkata anak kesayangan nya itu dikejarkan ke bilik (PICU) ,selama tiga hari dia tidak sedarkan diri. Doktor telah mengesahkan bahawa anak nya meninggal dunia pada pukul 4.30 petang semalam. Mangsa merupakan anak kedua Malini.

"Anak saya dikejarkan ke Unit Rawatan Insentif kanak-kanak (PICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana keadaannya sangat kritikal.

"Selama dua malam arwah ditahan di dalam wad, namun Allah lebih sayangkan dia,"kata Marlini yang sedang sarat mengandung 9 bulan.

Semasa menceritakan kejadian yang memilukan itu, dia yang sedang memberi bihun goreng kepada anak itu sedang leka bermain di halaman rumahnya.

Namun lima minit kemudian, anaknya telah hilang daripada pandangan matanya. Oleh kerana risau dia memanggil nama anak nya sebanyak tiga kali namun tidak disahut.

"Pada ketika itu saya sedang duduk di atas tangga, manakala anak saya pula sedang bermain dihalaman rumah yang jaraknya hanya satu meter daripada tangga rumah itu.

"Oleh kerana tiang rumah yang melindungi pandangan saya untuk memerhatikannya, saya tidak perasan bahawa dia sedang bermain air di dalam baldi,"katanya.

"Saya mula tidak sedap hati,kerana selalu jika saya memanggil nya dia akan segara menyapa sahutan saya. Di sebabkan perasaan ini lah saya gagahkan juga untuk turun daripada tangga rumah dan mencari nya.

"Alangkah terkejutnya saya semasa menjumpai anak saya dalam keadaan separuh tubuhnya di dalam baldi, hampir pengasa saya pada waktu itu,

Dalam keadaan yang panik saya mengangkat tubuh anak saya yang sudah terkulai lemah dan menjerit memanggil keluarga yang berada di dalam rumah,"katanya lagi.

Air yang berada didalam baldi itu hanyalah separuh kerana itu adalah lebihan air untuk menyiram pokok bunga yang telah ditadah oleh ibunya, Noriah Mohamad, 52.

Pada pukul 10.30 malam jenazah anak nya itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Talak. Editor: Ila

loading...
loading...

0 Response to "Sedih ! Kanak- Kanak Temui Ajalnya Kerana Lemas Dalam Baldi"

Catat Ulasan