SinarHairan

''Mereka Ugut, Saya Tidak Ada Upaya Nak Melawan'', Jadi Mangsa Perbuatan Terkutuk Keluarga Sendiri, Gadis Ini Dedah Episod Hitam Yang Ditanggung

loading...

Takut apabila melihat pelbagai kes melibatkan sumbang mahram yang berlaku pada hari ini. Keluarga sendiri sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu, jelas menunjukkan konsep keluarga yang berperanan untuk melindungi, mendidik dan penuh kasih sayang semakin luntur akibat perbuatan tidak bermoral ini.

Baitus Solehah yang dikenali sebagai rumah pelindung bagi remaja hamil luar nikah, menerusi laman Facebook sering berkongsi kisah-kisah anak jagaan mereka yang kadang kala tidak terjangka oleh pemikiran kita. Ada yang hamil akibat terlanjur dan lebih sedih anak gadis yang tidak bersalah dirogol oleh saudara kandung sendiri.

Terbaru, perkongsian seorang remaja ini yang dirogol bergilir-gilir oleh bapa saudara dan sepupu ketika pulang ke kampung sewaktu melawat datuk di kampung. Terkejut si ibu, walaupun dilema antara saudara dan anak, si ibu nekad melaporkan kepada polis demi membela nasib anak gadisnya.

Jadikan kisah ini sebagai pengajaran. Sedangkan saudara kandung sendiri pun tak boleh dipercayai, apatah lagi orang luar. Lebih baik berhati-hati sebelum sesuatu yang buruk berlaku kepada anak gadis kita.

Saya dirogol bergilir gilir setiap kali balik kampung.

Daftar masuk seorang pelatih muda bawah umur. Hari ni, ketika saya membaca laporan polis yang disertakan, tanpa sedar saya menangis. Sebak rasanya bila pelatih ini menceritakan kepada pegawai penyiasat.


Dia dirogol oleh adik kandung emak dan sepupunya bergilir gilir ketika emak membawanya pulang ke kampung melihat atok sakit. Bukan sekali tetapi berkali kali setiap kali ikut emak pulang melihat atok sakit.

Dia tidak mampu bercerita. Dia diugut. Sebenarnya dia trauma setiap kali mendengar emak mahu pulang ke kampung mengejuk atok. Di kampung emak pasti sebuk merawat atok untuk bergilir dengan nenek seketika. Emak cuma dapat meluangkan masa hujung minggu. Hari hari lain neneklah yang menguruskan atok. Jadi dia tidak ada pilihan. Mesti ikut juga walaupun takut.

Berbulan bulan dia menghadapi truama ini sejak kali pertama dirogol. Sehati sebelum PRU 14, ketika sedang tidor, emak mendapati dia tidor sebelah emak dan baju yang dipakainya terselak perut. Emak memerhati perut yang membukit dengan rasa berdebar debar. Emak nampak line hitam dari pusat ke bawah jelas warnanya. Bila emak letak tangan atas perut dia, emak terasa gerakan janin yang aktif. Emak terkejut dan panik. Emak cuba bertenang tanpa mengejutkan dia tidor.

Esoknya, emak ajak keluar. Mula tanya baik baik dia menapikan. Emak bawa ke klinik Swasta dan doktor membuat imbasan bunyi. Jelas kelihatan jantina janin. Selesai urusan, di Klinik, emak sudah hanpir pengsan kerana terkejut. Berhari hari emak menangis sebelum membuat keputusan menghantar ke Baitus Solehah supaya anak mendapat sokongan melalui waktu waktu peralihan dari remaja menjadi ibu.

Emak dan anak tidak pernah berpisah selama ini. Perpisahan pertama kali ini memamg berat. Berat kepada sianak dan kepada siemak. Emak tidak berhenti menyalahkan diri sendiri kerana terasaa pincang dalam pendidikan hari ini.


Emak juga dalam dilema, antara anak dan adik kandung untuk dilaporkan kepada pihak berwajib. Mana lagi menjaga hati orang tua yang disayangi sedang uzur. Sudah pasti khabar yang didengar akan memburukkan lagi kesihatan. Namun tekad, kalau bukan aku yang membela nasib anak aku, siapa lagi yang boleh diharap. Anakku cuma ada aku emaknya dan suamiku bapanya. Anak ku mesti dibela. Tidak sekali kali membiarkan adik ku terus meratah anakku seenaknya. Tidak mungkin juga aku mampu tidak pulang menjenguk emak ayah yang uzur.

Nekad emak membawa anak ke Baitus Solehah setelah laporan polis dibuat. Emak sudah bersedia untuk menghadapinya. Kelukaan terhadap adiknya sangat dalam kerana tergamak menganiya anak saudara sendiri.

Saya tulis cerita untuk menjadi iktibar dan peringatan emak bapa di luar sana. Berhati hati apabila dikampung walaupun bukan waktu perayaan. Saudara mara berkumpul, sepupu anak anak berkumpul kerana ikut emak masing masing melawat atok. Jangan izinkan anak jauh dari pandangan mata. Tidak ada siapa yang boleh dipercayai.

Kenapa baru sekarang emak baru tahu? Hati emak walaupun merasa kelainan bentuk tubuh anak tetap bersangka baik sehingga disahkan anak mengandung. Emak tahu bagaimana dia menjaga anak ini. Sebab itu emak tidak mengesyaki sesuatu yang buruk terjadi pada anaknya.

Ibarat kita berada di jalan raya, kita berhati - hati supaya tidak mendapat kemalangan. Namun ada orang / kenderaan lain yang melanggar kita.

Peringatan untuk semua, berhati hati walapun berasa kehidupan bebas. Jika tidak mahu ada saudara terluka, tutuplah aurat rapat rapat disebalik akhlak dan iman.

Ayat yang membuat saya hiba, apabila dipaksa , "mereka bergilir gilir merogol saya setiap kali pulang ke kampung. Saya tidak ada upaya nak melawan. Mereka ugut jika tidak memenuhi kehendak mereka atau memberitahu orang lain. Saya tak berani melawan."


Selama ini anak itu tidak tahu dirinya mengandung. Sangkanya gastrik. Anak pernah mengadu pada emak " perut kakak ni keraslah mama, bergerak gerak macam ada angin." Emak tidak berapa ambik endah. Emak juga perasan kenapa tidak datang haid. Keresahan emak sekadar dalam hati tanpa sebarang tindakan. Lalu , mengakibatkan musibah besar yang terjadi. Tidak mengapa terasa buruk sangka terhadap anak sendiri, peluang untuk mohon maaf sentiasa terbuka.

Emak emak, bapa bapa , mohon jaga anak masing masing. Kerap bertanya apa aktiviti mereka selama beberada di Kampung. Biarlah menyesal dahulu....

Jangan sampai anak yang ditatang bagaikan puteri, dihembus lalang rebah ke bumi oleh darah daging.

Emak Yang Masih Sayu,
Mak Liza

loading...
loading...

0 Response to "''Mereka Ugut, Saya Tidak Ada Upaya Nak Melawan'', Jadi Mangsa Perbuatan Terkutuk Keluarga Sendiri, Gadis Ini Dedah Episod Hitam Yang Ditanggung"

Catat Ulasan