loading...
Isteri kepada Datuk Seri Najib Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor akui kini sudahpun boleh tidur lena walaupun beberapa bekas rakan sekutunya kini berpaling tadah.
Datin Seri Rosmah dalam temubual khas bersama akhbar Malay Mail berkata, beliau tidak menyimpan dendam terhadap individu berkenaan yang kini menyalahkan suaminya.
Ini komennya:
"Perkara ini adalah normal dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkakan. Ia adalah sebahagian daripada kitaran kehidupan.
"Saya tidak kisah. Saya okey. Semua orang mempunyai hak untuk bercakap apa yang mereka mahu cakapkan,"
FOKUS LINDUNGI KELUARGA
Dalam laporan dikeluarkan Malay Mail, Rosmah menyatakan bahawa fokusnya sekarang adalah untuk melindungi diri serta keluarganya.
Bagaimanapun, beliau menyatakan harapan agar kehidupan mereka kembali normal secepat mungkin.
"Buat masa ini, kami menghadapi apa yang berlaku dengan baik. Lagipun, berada dalam sebuah keluarga politik, kami sudah terbiasa dengannya keadaan sebegini.
"Ini adalah sebahagian ujian dan cabaran dalam politik"
DS Rosmah Mansor berkata demikian kepada portal Malay Mail yang turut ditemani peguamnya Datuk Geethan Ram Vincent dan M. Puravalen selain beberapa kenalan rapatnya.
DAH BOLEH TIDUR LENA
Dalam wawancara itu, Rosmah menyatakan bahawa kini lebih bebas melakukan apa saja termasuk tidur lebih lena.
Ini komennya lagi:
"Ini adalah kehidupan yang perlu dihadapi dan saya tidak mempunyai masalah dengannya. Saya tidak minta perkara ini berlaku namun ia kehidupan yang lebih baik apabila kini saya boleh melakukan segala apa yang saya mahu lakukan.
"Jika saya mahu tidur, saya boleh tidur lena dan bangun apabila suka,"
Bagaimanapun, Rosmah berharap agar siasatan serta serbuan pihak berkausa di kediamannya dapat berakhir dengan cepat bagi dan mahu meneruskan kehidupan seperti baisa.
Selain itu, Rosmah turut meminta agar polis melayani keluarganya dengan baik sebagai warganegara Malaysia.
"Saya boleh terima semua serbuan yang dilakukan hingga awal pagi itu. Saya memahaminya.
"Namun, saya percaya seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Disebabkan itu, kami mahukan layanan sebagai manusia. Hak untuk dihormati,"
Itulah kata-kata dari Datin Seri Rosmah tentang perkembangan terkininya.
Sumber: Metro / Malay Mail
loading...
loading...
0 Response to "Alhamdulillah.."Saya dah boleh tidur lena" - Datin Seri Rosmah"
Catat Ulasan