loading...
Siapa sangka, jaket yang diperbuat daripada bulu kucing sebenarnya mudah untuk ditemui dan dijual secara terbuka di gerai-gerai di China, dengan jarga serendah RM 133.
Di kawasan-kawasan pasar tradisional di Hohhot, bukan setakat jaket bulu kucing, pelbagai lagi produk-produk eksotik seperti kuku harimau, tanduk antelop, anak anjing yang dikurung di dalam sangkar sempit turut boleh dibeli.
Mengambil masa cuma lima jam daripada bandar Beijing, Hohhot jelas sekali sebuah kejiranan yang sangat aneh, berbanding kawasan-kawasan tempat tinggal dikelilingi bangunan pencakar langit yang biasa menjadi latar negara Tembok Besar itu.
Berbeza dengan lokasi-lokasi lain di China, ianya amat sukar sekali untuk sesiapa sahaja terserempak dengan kucing liar yang merayau-rayau di kaki lima Hohhot. Walaupun pada hakikatnya, makanan memang mudah dicari dengan lambakan sisa-sisa daripada aktiviti ekonomi penduduk setempat ada di mana-mana sahaja.
Semua tanda tanya itu akhirnya terjawab apabila beberapa keping gambar yang ditangkap di pasar Hohhot mendedahkan realiti yang sangat menyedihkan bagaimana haiwan peliharaan itu dilayan di sana. Deretan gerai-gerai yang menjual jaket diperbuat oleh bulu kucing dengan pelbagai jenis corak mengisi ruang-ruang kosong di jalan Hohhot.
Corak-corak bulu kucing seperti tortoiseshell, tabby, hitam dan putih ada dijual dimana-mana sahaja. Sesiapa pun yang melihat jaket itu, dengan mudah dapat menangkap gambaran bahawa haiwan itu biasanya ditemui dipelihara oleh manusia di rumah-rumah.
''Bulu kucing yang sebenar. Jangan sentuh jika anda tidak berhajat untuk membelinya,'' begitulah notis-notis yang disediakan oleh peniaga bagi mengelak daripada orang ramai merosakkan jaket bulu kucing jualan mereka.
Pelancong asing sukar ditemui di bandar Hohhot, jadi dengan harga tempatan serendah RM 133, anda boleh membeli jaket bulu kucing dimana-mana sahaja termasuk di lapangan terbang.
''Setiap tahun di China, bilangan kucing yang ditangkap, digantung, dibiarkan berdarah dan mati, ataupun ditambat dengan dawai adalah tak terkira. Ia kerana bulu-bulu kucing ini boleh digunakan untuk menghasilkan pakaian, malah ada yang dieksport ke luar negara,'' kata Pengarah People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) United Kingdom.
Walaupun pembuat dasar di China telah menggubal undang-undang lebih tegas mengenai layanan terhadap haiwan, namun hakikatnya mereka sukar mengawal aktiviti-aktiviti zalim terhadap binatang yang berlaku di kawasan-kawasan luar bandar. Malah di Hohot, nyata apa yang berlaku memperlihatkan penduduk di sini cenderung untuk menggunakan undang-undang sendiri apabila ia melibatkan perniagaan yang menguntungkan.
Selain menjual jaket bulu kucing dan pelbagai lagi barangan eksotik, ada juga gerai-gerai yang menjual haiwan perliharaan seperti anjing. Anjing-anjing ini dikurung di dalam sangkar kecil dan dipertontonkan kepada pengunjung kalau-kalau ada yang berminat untuk membeli.
Jika tidak bernasib baik, nasib anjing-anjing ini juga mungkin berakhir sama seperti kucing. Ini disebabkan ada penjual yang didapati menjual jaket-jaket yang diperbuat daripada kulit anjing. Ia bukanlah satu perkara yang menghairankan memandangkan China merupakan pengeksport terbesar dunia produk membabitkan bulu dan kulit haiwan.
''PETA Asia turut membuat penemuan yang mengejutkan apabila ada produk-produk berasaskan kulit anjing seperti glove ditemui di jual di pasar-pasar di China. Malangnya, ada produk-produk ini dibenarkan untuk dieksport ke Eropah dan Amerika Syarikat disebabkan label yang salah bagaimana kulit haiwan ini diperolehi,'' katanya lagi.
Sumber : Dailymail
loading...
loading...
0 Response to "(Video) Ada Pelbagai Corak Dan Dijual Serendah RM 133, Siapa Sangka Di China Kulit Kucing Yang Comel Diambil Untuk Dibuat Jaket"
Catat Ulasan