loading...
Majlis perkahwinan Meghan Markle dan Putera Harry baru sahaja berlangsung dengan jayanya pada 19 Mei lalu. Majlis diraja gilang gemilang yang dihadiri ribuan rakyat jelata itu menyaksikan janji ikatan perkahwinan yang termeterai di antara dua pasangan pengantin diraja itu.
Selepas melafaz ikrar 'I Do' di gereja St George, Istana Windsor dan menjadi sebahagian daripada keluarga diraja, Meghan kini perlu menyesuaikan diri dengan mematuhi beberapa larangan yang tidak lagi boleh dilakukan Meghan stelah menjadi puteri England.
Berikut adalah antara senarai perkara yang biasa dilakukan sebagai rakyat jelata dan kini Meghan tidak lagi dibenarkan untuk melakukannya.
1. Mengambil swafoto
Permaisuri hati Putera Harry ini tidak lagi dibenarkan untuk mengambil swafoto sama ada berseorangan, berdua atau berkumpulan demi mematuhi peraturan yang ditetapkan setelah menjadi salah seorang puteri England.
Meghan dipercayai telah memadam kesemua akaun media sosialnya seperti Instagram, laman blog dan akan lebih kerap muncul di akaun rasmi Keshington Royal sama seperti Kate, Putera William serta Putera Harry.
2. Keluar rumah berseorangan
Menjadi isteri kepada seorang Putera membuatkan Meghan tidak lagi dibenarkan keluar dari rumah dan ke mana-mana berseorangan tanpa ditemani oleh pegawai perlindungan diraja.
Oleh itu, keluar membeli- belah, bersuka ria dan bercuti berseorangan hanyalah merupakan masa lalu Meghan.
3. Memberi autograf
Sebelum bergelar Duchess of Sussex, Meghan merupakan seorang pelakon dan sering memberi auograf kepada peminatnya dan kini perkara itu tidak lagi boleh dilakukannya.
4. Keluar mengundi
Meskipun Meghan mendapar kerakyatan British, dia tidak dibenarkan untuk mengundi lagi berikutan larangan mengundi telah ditetapkan oleh sang ratu dan mereka harus mematuhinya.
5. Memakai pewarna kuku berwarna gelap
Meghan tidak lagi dibenarkan untuk memakai pewarna kuku yang berwarna terang serta gelap dan harus memilih warna yang pastel dan natural.
6. Memesan makanan laut yang bercengkerang
Menurut laporan dari akhbar The Sun, keluarga diraja tidak dibenarkan makan makanan laut yang bercengkerang seperti kerang, tiram dan sebagainya berikutan masalah keracunan makanan boleh berlaku disebabkan jenis makanan itu dan akan mengganggu jadual harian mereka yang padat.
7. Mempamerkan bahagian kaki
Menurut pakar diraja, Victoria Arbiter, kerabat diraja tidak dibenarkan mempamerkan bahagian kaki tanpa memakai sarung kaki berona warna kulit.
Sumber- Whimn
loading...
loading...
0 Response to "Bergelar Duchess of Sussex, Ini Antara Perkara Yang Meghan Tidak Boleh Lakukan Selepas Ini"
Catat Ulasan