SinarHairan

Setepek Kena... Syed Saddiq Pula Perli Dira Abu Zahar

loading...

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil membalas komen dari pelakon Dira Abu Zahar.

Syed Saddiq telah tampil memberi respon balas dan membidas komen dari pelakon Dira Abu Zahar yang telah melabelkan nya sebagai Yang Budak-Budak.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) itu dilihat telah menyindir Exco Puteri Umno itu sebagai 'lurus' kerana terlalu serius terhadap kenyataannya sebelum ini yang merupakan satu gurauan tentang penjaga gol Liverpool yang menajdi punca kekalahan pasukan itu di final Champions League.

Ini sindiran dari Syed Saddiq: "Sis ni pembaris ke? Lurus sangat. Mohon jadi pembaris juga bila menegakkan keadilan" 

Memang ramai yang suka dengan balasan dari Syed Saddiq terhadap Dira Abu Zahar itu.


Namun kemudian, Dira telah membalas kembali komen Syed Saddiq di Twitter, dengan mengakui dirinya seorang yang 'lurus' dan berharap Syed Saddiq tidak bengkok.

Ini komen balas Dira: "Sis memang 'lurus'. Sis doakan awak pun lurus, jangan 'bengkok' ya".



Sebelum ini kecoh, pelakon Dira Abu Zahar telah menegur status yang dimuat naik Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila meminta penjaga gol Liverpool disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas pasukan itu kalah menentang Real Madrid di Liga Juara-Juara Eropah pagi Ahad.

Dira Abu Zahar telah mempersoalkan sama ada status itu wajar ditulis oleh seseorang bergelar Yang Berhormat (YB).

"Yang Berhormat? atau lebih kepada Yang Budak-budak" 

Tindakan Dira ini telah menerima kecaman netizen yang rata-rata menganggap status yang dimuat naik Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu hanyalah satu gurauan.

Netizen turut mempersoalkan adakah jika seseorang itu seorang bergelar 'YB' perlu bersikap serius tanpa rasa jenaka sepanjang masa.

loading...
loading...

0 Response to "Setepek Kena... Syed Saddiq Pula Perli Dira Abu Zahar"

Catat Ulasan