SinarHairan

Cubalah Resepi Istimewa Sebagai Juadah Berbuka dan Sahur Tahun Ini - Kambing Panggang Sos Herba Berkrim & Kaya Kurma Ros

loading...

Bila tibanya bulan Ramadhan, mesti ibu-ibu terutamanya, pening memikirkan menu yang sesuai untuk dijadikan juadah sahur dan berbuka nanti. Dari membeli di bazar, apa kata tahun ini anda cuba masak sendiri di rumah menggunakan resipi istimewa yang amat mudah disediakan. Sesuai juga untuk mereka yang baru belajar memasak. Kesedapannya pasti menambat selera seisi keluarga.

Bila sebut sahaja kambing panggang atau kambing golek, pasti kita teringat hidangan buffet di hotel mewah yang disajikan semasa ramadhan. Di bulan puasa, populariti hidangan ini tidak dapat disangkal. Selain rasanya yang enak,ia sesuai untuk pelbagai jenis masakan sama ada masakan timur mahupun barat. Tapi nak beli, kosnya agak mahal.

Apa kata kali ini anda cuba masak sendiri. Kaedah perapan dan kuahnya menjadi rahsia kesedapan masakan kambing panggang yang ingin kami kongsikan. Baunya mungkin agak hamis, tetapi kalau dimasak dengan kaedah yang betul mengikut resipi ini, hidangan kambing panggang yang dimakan bersama sos herba berkrim sememangnya lazat.


Kombinasi sos pekat dengan rasa pedas dan berkrim dicicah bersama kambing panggang pasti membangkitkan selera sesiapa saja. Langkah penyediaannya sangat mudah, dalam tempoh kurang 1 jam, hidangan sudah siap untuk dinikmati bersama keluarga. Selamat mencuba !


Bukan bulan puasalah kalau tiada buah yang wajib ini. Selain menjadi makanan sunnah, buah kurma digemari ramai kerana mempunyai khasiat luar biasa bagi mengekalkan tenaga sepanjang berpuasa. Kita biasanya makan kurma secara terus . Tapi ada yang tidak gemarkannya terutama kanak-kanak.

Apa kata kali ini anda ikut olahan resipi unik kaya kurma ros untuk jadikan hidangan kurma lebih menarik. Rasanya yang istimewa dapat dijadikan alternatif sebagai menu sampingan berbuka mahupun bersahur.


Cara penyediaannya juga mudah. Hanya menggunakan kaedah kukus, pasti menyenangkan kerja ibu-ibu di rumah. Simpan dalam peti sejuk, sapu sedikit kaya kurma pada roti, sahur anda sudah cukup mengenyangkan. Anak-anak pun mesti suka !


Ramadhan berlalu, Syawal pasti menjelma

Hari raya tentunya tidak meriah tanpa dilengkapi dengan kuih atau biskut raya sebagai kudapan. Pergi je mana-mana rumah, wajib ada. Ianya menjadi elemen penting juadah untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang. Setiap tahun beli, apa kata raya kali ini asah skill anda untuk cuba buat sendiri. Lebih enak dan jimat, tak susah disediakan pun kalau ikut resipi ini. Tarikan pada biskut ‘baldu merah’ adalah pada warnanya yang agak menyerlah dan rasanya yang sangat sedap.


Setiap gigitan biskut mentega semperit ‘red velvet’ adalah rangup, dengan rasa coklat cip mencair di dalam mulut, semua orang mesti sukakannya. Kami pasti balang biskut di rumah anda akan kosong !



Berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai adalah tradisi semasa hari raya. Pastinya, tuan rumah ingin meraikan tetamu dengan pelbagai hidangan. Boleh dikatakan, hampir semua rumah menyediakan juadah raya yang sama. Apa kata, tahun ini anda buat sedikit kelainan dengan menghidangkan sesuatu yang istimewa kepada tetamu yang berkunjung ke rumah. Ayam panggang bersama sos percik cili hijau mungkin bukan menjadi juadah kebiasaan raya, tapi keenakannya pasti membuatkan sesiapa pun terliur.


Ayam diperap dengan campuran rempah ratus, dimasak bersama adunan sos percik cili hijau dan kemudiannya dipanggang. Aromanya yang lazat membuatkan tetamu tak sabar untuk menjamu selera. Barulah ‘rare’ dan lain dari yang lain.


Jadi tunggu apa lagi, dah boleh cuba masak semua resipi ini sekarang. Selain mudah disediakan, Krimer Manis & Susu Sejat MARIGOLD umpama resipi rahsia bagi semua masakan. Tak percaya, cubalah buat. Mesti lepas nie jadi bahan memasak yang wajib ada di rumah anda.

Kalau nak banyak lagi idea resipi menarik yang menyelerakan, jangan lupa layari je website Masak Dengan MARIGOLD. Nak lagi mudah, tonton tutorial masakan sambil anda cuba masak sendiri kat rumah di channel Youtube MARIGOLD ini.

loading...
loading...

0 Response to "Cubalah Resepi Istimewa Sebagai Juadah Berbuka dan Sahur Tahun Ini - Kambing Panggang Sos Herba Berkrim & Kaya Kurma Ros"

Catat Ulasan