SinarHairan

Dark Tourism, Ini 8 Lokasi Pelancongan Penuh Tragedi Untuk Anda Lawat Dan Rasai Pengalaman Lain Dari Yang Lain

loading...

Semua orang gemar bercuti. Bercuti dikatakan antara medium terbaik jika anda ingin mencari ketenangan dan lari sebentar daripada kesibukkan duniawi. Memencilkan diri di lokasi-lokasi indah, hutan yang menghijau, pantai yang memutih ataupun gunung tinggi yang mendamaikan, adalah antara kriteria-kriteria yang sering dijadikan ukuran sebelum memilih tempat percutian.

Ada juga yang gemar menjelajah kota-kota lama, terutamanya di negara-negara Eropah. Mengagumi seni bina agung bangsa-bangsa terdahulu sambil belajar satu dua perkara, itulah tonik yang dicari-cari sebahagian daripada kita. Pendek kata, mood bercuti tak mungkin sama. Tapi pokok pangkalnya, semua orang mahu bercuti.

Tapi, anda pernah tak mendengar perkataan Dark Tourism? Apa tu? Kalau anda nak tahu Dark Tourism adalah satu trip pelancongan yang lari dari kebiasaan, berbanding melawat panorama indah, Dark Tourism menjurus kepada lawatan ke tapak-tapak yang pernah menjadi saksi kepada pelbagai tragedi, baik akibat kezaliman tangan manusia ataupun hukuman dari alam.

Mungkin ia tidak la popular mana dalam kalangan kaki travel-kaki travel, tetapi sebenarnya terdapat banyak lokasi menarik yang menawarkan pengalaman menginsafkan melalui Dark Tourism ini antaranya Sebrenica di Bosnia ataupun Ground Zero di Amerika Syarikat.

Ini adalah senarai-senarai lokasi Dark Tourism yang mungkin anda boleh masukkan dalam senarai percutian anda di masa akan datang.

1. Sebrenica, Bosnia


Bosnia adalah antara kisah yang sangat dekat dengan Malaysia. Lawatan ke Sebrenica, anda dibawa untuk menziarahi satu perkuburan besar yang menempatkan jasad 6000 orang. Mereka ini adalah mangsa-mangsa kekejaman Tentera Serbia yang terlibat dalam kempen pembersihan etnik Muslim pada tahun 1995. Kawasan perkuburan ini diberi nama Sebrenica Genocide Memorial atau Srebrenica-Potocari Memorial.

Anda pada yang sama juga boleh melawat satu muzium, Memorial Room yang terletak di lokasi berdekatan. Muzium tersebut pada asalnya adalah sebuah kilang bateri. Di sini anda boleh melihat rekod-rekod yang disimpan seperti gambar dan video untuk mengetahui dengan lebih dekat apa yang berlaku.

Jika anda bernasib baik, anda mungkin terserempak dengan penduduk tempatan yang menjadi saksi hidup kepada kekejaman tersebut yang sudi berkongsi pengalaman yang dilalui oleh mereka.

2. Ground Zero, Amerika Syarikat


Ground Zero adalah lokasi di mana kemegahan dan kekuasaan Amerika Syarikat tercalar. Dalam peristiwa yang berlaku pada tahun 11 September 2001 itu, dua pesawat penumpang merempuh simbol kebebasan dan kekuasaan dunia barat, World Trade Centre dan membunuh 2,996 orang termasuk 19 penyerang.

10 tahun kemudian, satu memorial telah dibangunkan di kawasan Ground Zero yang turut menempatkan nama-nama mereka yang terkorban. Di 9/11 Memorial Site, anda boleh mengambil pakej 90 minit dengan pemandu pelancong untuk melawat kawasan-kawasan sekitar Ground Zero dan melihat tinggalan-tinggalan daripada serangan terburuk Amerika Syarikat pernah alami.

3. Auchwitz Birkenau, Poland


Auchwitz Birkenau adalah sebuah kem tahanan yang wujud di era kekuasaan Nazi di benua Eropah. Bagi mengenang kekejaman Nazi terhadap bangsa Yahudi, orang-orang Poland dan bangsa Gipsi, kem ini kekal di buka hingga ke hari ini sejak pembukaannya pada tahun 1940. Kem ini menjadi saksi kepada pembunuhan lebih 1 juta nyawa.

Selain menjadi lokasi di mana orang-orang Yahudi dan musuh-musuh Nazi diazab dan dibunuh dengan pelbagai cara, ia juga menjadi makmal kepada ekperimen manusia yang dijalankan oleh saintis-saintis Nazi diketuai oleh Josef Mengele.

Terdapat beberapa peraturan khas yang perlu dipatuhi jika anda berhajat untuk melawat kem tahanan ini antaranya larangan berswafoto dan saiz beg yang dibenarkan masuk tidak boleh melebihi 30x20x10 cm.

4. Prypiat, Ukraine


Prypiat merupakan sebuah banda 'hantu' yang ditinggalkan oleh penduduknya setelah terlibat dalam kebakaran rektor nuklear Chernobyl pada tahun 1986.

Ia bermula apabila pihak berkuasa ingin menguji sebanyak manakah kuasa yang diperlukan bagi memastikan reaktor Nombor 4 perlukan untuk kekal berfungsi ketika bekalan tenaga terputus. Namun entah dimana silapnya, reaktor nuklear Chernobyl menjadi tidak stabil dan meletup seterusnya melepaskan sejumlah besar gas kimia radioaktif berbahaya ke udara.

Namun selepas 3 dekad peristiwa tersebut berlaku, bandar Pripiyat tiba-tiba menjadi lokasi pelancongan yang ingin melihat secara dekat apa yang terjadi di bandar tersebut. Suatu ketika dahulu, ia dihuni lebih 49 ribu orang penduduk.

Antara yang boleh dilawati adalah tinggalan-tinggalan seperti 15 buah sekolah, hospital, 25 bagunan kedai, 10 gimnasium, taman rekreasi, panggung wayang dan beberapa tempat menarik lagi. Anda juga boleh melihat tinggalan-tinggalan sejarah penjajahan Soviet Union di sini.

5. Phnom Penh, Kemboja


Lokasi yang paling dekat dengan Malaysia dan mungkin boleh dipertimbangkan oleh anda. Di Phnom Penh, terletaknya satu muzium yang dikenali sebagai Muzium Genosid Tuol Sleng. Muzium ini yang dahulunya adalah bangunan sekolah pernah menjadi saksi kepada pembunuhan seramai 20 ribu orang.

Di muzium ini, terdapat gambar-gambar dan replika-replika yang memaparkan realiti sebenar apa yang terjadi suatu ketika dulu. Jika anda bernasib baik, anda mungkin terserempak dengan salah seorang daripada 7 mangsa yang selamat, yang turut menjual buku mengenai kisah yang dialaminya.

Di kawasan berdekatan yang terletak lapan batu dari Phnom Penh, tedapat beberapa perkuburan besar menempatkan jasad-jasad mangsa pembunuhan di sini. Malah, satu stupa besar turut dibina menempatkan sebilangan tengkorak sebenar mangsa-mangsa pembunuhan tersebut.

6. Nanthi Kadal, Sri Lanka


Di kawasan lagoon Nanthi Kadal yang terletak di sebuah pulau di Sri Lanka ini pernah menjadi saksi kepada pembunuhan berpuluh-puluh ribu orang dalam usaha akhir Tentera Sri Lanka untuk menguburkan perjuangan Tamil Tigers.

Pergerakan Hak Asasi Manusia Antarabangsa pernah mengkritik tindakan kerajaan Sri Lanka yang membangunkan kawasan tersebut menjadi kawasan peranginan sekaligus mengguris hati keluarga-keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam perang saudara tersebut.

7. Mumbai, India


Kawasan penempatan termiskin di Mumbai ini pernah menjadi sebutan setelah filem Slumdog Millionaire yang menjadikan kota ini sebagai lokasi penggambaran diterima baik oleh penonton seluruh dunia.

Walaupun lawatan ke penempatan ini banyak menyentuh sensitiviti penduduk setempat, namun anda jangan risau kerana ada pihak yang menawarkan pakej lawatan ke sana dan sebahagian daripada bayaran anda akan didermakan kepada badan sukarelawan tempatan.

8. Pompeii, Itali

Sebelum bandar Pompeii ini musnah dalam letusan gunung berapi yang berlaku pada tahun 79 AD, ia merupakan sebuah bandar maritim keagungan bangsa Rom satu ketika dahulu.

Kerja-kerja ekskavasi yang dibuat untuk mencari sisa-sisa tamadun yang musnah dalam bencana alam itu dapat menjadi gambaran paling hampir dengan kehidupan sebenar orang-orang Rom pada waktu itu.


Antara tinggalan struktur yang boleh dilawati di sini adalah The Roman Forum, iaitu sebuah teater yang mampu memuatkan 20 ribu pengunjung. Ia dibina pada kurun kedua sebelum masihi. Selain itu, anda juga boleh melawati tinggalan Kuil Jupiter dan The Forum Granary iaitu kawasan pasar yang menempatkan beberapa kedai.

Di sini juga, anda boleh melihat permandangan menakjubkan Gunung Vesuvius, gunung berapi yang bertanggungjawab menghukum kota Pompeii ini. Selepas 2000 tahun, gunung berapi ini masih aktif dan kadang kala melepaskan asap hitam ke udara.


Walaupun gunung ini telah memusnahkan Pompeii, namun pada masa yang sama ia telah memelihara beberapa artifak apabila ada jasad manusia yang terperangkap di dalam larva dan mengeras. Selain itu, beberapa artifak yang dipamerkan di muzium terpelihara dengan baik.

Sumber : The Telegraph
loading...
loading...

0 Response to "Dark Tourism, Ini 8 Lokasi Pelancongan Penuh Tragedi Untuk Anda Lawat Dan Rasai Pengalaman Lain Dari Yang Lain"

Catat Ulasan