SinarHairan

'Ibu Berhati Iblis', Wanita Masih Tersenyum Ketika Ditangkap Selepas Tikam Mati Anaknya 70 Kali

loading...

Seorang ibu masih tersenyum selepas ditangkap kerana menikam anak sulungnya sebanyak 70 kali dan kemudian melarikan diri dengan seorang lagi anak gadisnya berusia lapan tahun.

Taheerah Ahmad, 39 ditahan di pusat bandar Tulsa pada petang Selasa lalu.

Pihak berkuasa mendapati dia telah menyerang anak perempuannya yang berusia 11 tahun pada malam Isnin, kemudian melarikan diri dengan adik kepada mangsa yang berusia 8 tahun, Hafsa.  Hafsa dikatakan selamat ketika ditemui bersama ibunya.


Pun begitu, mangsa kini dalam keadaan kritikal dan masih tidak sedarkan diri.  Menurut laporan, Taheerah bertindak menikam anaknya kerana benci dengan cara melihat mereka melihatnya.  Dia lantas mengikat dan bertindak menikam anaknya itu.

Hafsa walaubagaimana pun cuba untuk membantu kakaknya melarikan diri dan seorang lagi adiknya juga keluar dari rumah untuk meminta pertolongan jiran.  Ketika polis tiba, mereka menjumpai kanak-kanak itu terbaring dilantai yang dilimpahi darah dan dalam keadaan rumah yang sedang terbakar.



Salah seorang pegawai polis berkata, "ia nampak seperti cerita seram, darah berada dimana-mana, di perabot dan juga lantai."

Taheerah dan Hafsa hilang selama 17 jam selepas ditemui di salah sebuah tempat letak kereta di kawasan berdekatan.



Mangsa dikatakan mengalami kesan tikaman teruk di bahagian kaki, leher, tangan dan muka.  Pegawai penyiasat menjumpai 2 bilah pisau dan barangan berkebun ditempat kejadian.  Dikatakan juga, Taheerah mahu rumah itu dibakar supaya anaknya itu benar-benar mati.
Siakapkeli.my

Sumber: Daily Mail
loading...
loading...

0 Response to "'Ibu Berhati Iblis', Wanita Masih Tersenyum Ketika Ditangkap Selepas Tikam Mati Anaknya 70 Kali"

Catat Ulasan