loading...
Umum sudah pun mengenali pemilik nama Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin ataupun lebih dikenali sebagai Qobin, wira penjelajah dan rakyat Malaysia pertama yang menerima pengiktirafan sebagai Penjelajah Grand Slam. Beliau juga merupakan individu kedua di Asia Tenggara dan ke-60 dunia yang menerima gelaran itu. Gelaran itu hanya diperoleh jika mana-mana pengembara berjaya menawan tujuk puncak tertinggi di tujuh benua selain berski di kutub utara dan kutub selatan.
Namun kali ini, kisah kejayaan yang dibawanya bukan berkisar mengenai dirinya. Kisah Adam, pemuda kelainan upaya mencabar kemampuan diri dan tangisan air mata kegembiraan diangkat oleh Qobin.
Adam ataupun Azrulkhan Hasrullah, seorang pendaki yang kudung kedua-dua kaki mempunyai misi tersendiri untuk mendaki hingga ke kem induk Gunung Everest yang terletak kira-kira 5,350 meter.
Menurut Qobin yang merupakan penaja Adam, pendakian tersebut dijangkakan mengambil masa selama tujuh hingga 8 jam untuk perjalanan sejauh 3 hingga 4 kilometer.
Melalui kemas kini Qobin di laman Facebooknya, Adam dimaklumkan memulakan pendakian daripada Lukhla di Kathmandu, Nepal dengan cara mengesot selama 14 hari sebelum berjaya menempa kejayaan.
Qobin dalam siri kemas kini memaklumkan bahawa ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk meneruskan misi tersebut terutamanya buat Adam yang kelaianan upaya memandangkan ramai mereka yang cukup sifatnya turut kecundang dalam beberapa percubaan lalu.
Katanya, Adam perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk melengkapkan misi tersebut dengan suhu yang sejuk -8 darjah celcius, cabaran permukaan gunung, perlu mengelak najis lembu yaks, penyakit udara tinggi, suasana kabus bersalji dan pelbagai lagi.
Adam dijangkakan akan terbang pulang ke Malaysia pada Jumaat ini. Kami di Siakap Keli turut berbangga dengan kejayaan anda dan ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Adam. Malaysia Boleh.
Sumber : Muqharabbin Mokhtarrudin
loading...
loading...
0 Response to "(Video) Sejarah Tercipta, Walau Kudung Kedua-Dua Kaki, Adam Buktikan Dia Mampu Tawan Kem Induk Everest Setinggi 5350 Meter"
Catat Ulasan