loading...
Kacang botol merupakan salah satu ulam yang popular dalam juadah masyarakat Melayu kerana bukan sahaja digemari ramai malah mudah ditanam walaupun tidak dibaja. Rasanya yang rangup dan tidak keras paling enak dimakan ketika masih muda. Sama ada makan secara mentah dicicah bersama sambal belacan, ditumis, dibuat kerabu atau masak lemak rasanya tetap sedap.
Namun, selepas anda membaca perkongsian daripada doktor ini, mungkin kacang botol akan menjadi juadah yang selalu dimasak di rumah. Manakan tidak, kira-kira 18.3 mg Vitamin C yang terdapat dalam 100 gram kacang botol mampu mencantikkan kulit dan menguatkan sistem imun badan. Murah tapi sangat berkhasiat !
Ajar Anak Kita Makan Kacang Botol Nie
Sangat tinggi Vitamin C. Kira-kira 18.3 mg Vitamin C dalam 100 gram kacang botol ni. Nak anak kita kulit cantik ke sistem imun yang kuat ke boleh la bagi anak kita makan kacang botol ni.
Protein 100 gram kacang ni pun melebihi protein yang ada di dalam 100 gram soya! Lagi berkhasiat kalau dicicah dengan budu. Sedap pun dapat, khasiat prebiotik untuk kesihatan usus anak kita pun dapat!
Siapa kata semua makanan murah tak berkhasiat? Jom ajak yang lain borong kacang botol ni untuk buat juadah buka puasa dan sahur. Rebus ke makan mentah ke tak kisah, asal makan je.
Psst..tak ramai tahu pasal khasiat kacang botol ni tau. Sebarkan pada yang belum tahu ye.
p/s : Nanti saya kongsi lebih banyak ilmu nak didik anak dalam Telegram saya, Channel Telegram Terbesar Malaysia ye. Klik je link ni untuk join 👉t.me/NotaTaufiqRazif
Kami kongsikan sekali 3 resipi mudah untuk memasak kacang botol selain dari dibuat ulam. Mana tahu ada yang nak masak untuk sahur atau berbuka nanti. Selamat mencuba !
Kacang Botol Tumis Belacan
Bahan-bahan diperlukan:
20 tangkai kacang botol - dihiris 1 inci panjang
5 biji bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
7 biji cili merah - dikisar
1.5 inci belacan (kurang/ lebih ikut citarasa) - dikisar
Sedikit udang kering - dikisar
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara menyediakan dan memasak :
1) Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi.
2) Tumis hingga naik bau.
3) Masukkan kacang botol dan garam. Gaul sebati. Dah okey, boleh padamkan api.
3) Masukkan kacang botol dan garam. Gaul sebati. Dah okey, boleh padamkan api.
4) Sedia dihidangkan. *Jangan masak kacang botol terlalu lama, nanti lembik.
Lemak Cili Api Udang Bersama Kacang Botol
Bahan-bahan diperlukan :
2 ikat kacang botol - dipotong serong2
15 ekor udang sedang
1 biji kelapa - diambil santannya
2 biji bawang besar ]*
cili padi - RM1.00 ]* - ketiga-tiga bahan * diblend
kunyit hidup ]*
Sehelai daun kunyit - dicarik-carik
Garam dan gula secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak :
1) Masukkan bawang besar, cili padi dan kunyit hidup yang telah diblend ke dalam santan. Nyalakan api dapur.
2) Kemudian masukkan udang biarkan mendidih seketika tapi hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berkepala, perasakan garam dan gulanya.
3) Akhir sekali masukkan kacang botol yang telah dipotong tadi, kacau sebentar lebih kurang 5 minit dan bolehlah dipadamkan apinya. * Jangan lama sangat nanti kacang botol tu jadi lembik tak sedap.
Kerabu Kacang botol
Bahan-Bahan
20 tangkai kacang botol [hiriskan nipis]
1 cawan kelapa parut
1 labu bawang besar [hiriskan]
5 biji limau kasturi [ambil jus]
garam
gula
Bahan Mesin
5 tangkai cili merah /cili padi
sedikit belacan di bakar
sebiji mangga sedang2 masak di hiris
1 s/b udang kering
Cara Penyediaan
1) Masukkan bahan mesin, kelapa dan garam dalam kuali.
2) Kacau sehingga agak kering.
loading...
loading...
0 Response to "Nampak Je 'Cikai' Tapi Tinggi Vitamin C - Doktor Ini Saran Ajar Anak Makan Kacang Botol"
Catat Ulasan