loading...
Pelakon Elfira Loy menafikan tindakan memuat naik kenyataan di laman sosial Twitter peribadinya berpunca daripada perasaan tidak puas hati dengan wartawan. - Foto Instagram @Elfiraloy
Hmmmm. I wasn’t aware that my interview were recorded. And i hate seeing myself yg sgt laidback & sembang macam kawan-kawan on screen.Jelas Elfira, dia sekadar membuat teguran secara umum susulan perbualan santai sesama rakan media dirakamkan tanpa dia sedar.
I know you’re reading this , next time please inform if you’re recording it thank you. Or no more . ( ihateseeingmyselfonmytimeline) .
Kbaiz. 12:36 AM - May 25, 2018 224
Twitter Ads info and privacy
"Saya tak marah pun, cuma terkejut apabila perbualan saya ketika bersembang dirakamkan.
"Berbeza apabila kita bercakap depan kamera atau untuk kenyataan bertulis, penyampaian tak sama. Muka pun tak bersedia.
"Mungkin jika diberitahu kenyataan saya akan dirakamkan menerusi kamera, saya akan gunakan cara percakapan lebih sesuai," katanya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2018 Meriah Bersama di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini.Elfira bagaimanapun enggan memanjangkan isu itu dan menganggap perkara tersebut sekadar salah faham.
"Itu bukan kenyataan marah saya, cuma terkejut melihat kembali muka saya dalam keadaan tak bersedia," tambahnya.Dalam perkembangan lain, Elfira akan muncul dalam telefilem Striker Hati Ayah bergandingan bersama Adam Lee dan Nabil Aqil tidak lama lagi. - Teks: Amri Hassan/Foto: @elfiraloy
loading...
loading...
0 Response to "#HMMM ~ Elfira Loy marah dengan wartawan?"
Catat Ulasan