loading...
CHINA- Video sepasang pasangan yang dikatakan baru sahaja mendirikan rumah tangga telah menjadi tular di media sosial kerana perkahwinan mereka di anggap bukan sahaja luar biasa malah sebuah perkahwinan yang begitu mewah dan meriah.
Jangan terkejut pengantin wanita ini berumur 38 tahun dan merupakan seorang janda yang kaya dan berharta. Suaminya yang jauh lebih muda daripadanya berusia 23 tahun.Perbezaan mak mertua dengan menantunya hanya setahun sahaja.
Perkahwinan yang meriah ini berlansung pada 10 Januari lalu di Qionghai, Hainan, China.Turut meriah dihadiri oleh rakan-rakan rapat kedua-dua belah mempelai.Tak kurang juga yang merasakan perkahwinan mereka ini tidak padan dengan usia mereka.
Pengantin perempuan itu dikatakan telah mengandung dan kemudiannya mereka bercadang untuk berkahwin dalam masa yang terdekat.
Awal nya ibu bapa pengantin lelaki menentang perkahwinan mereka kerana jarak usia mereka adalah 15 tahun dan dikatakan seperti anak dan ibu.
Pengantin perempuan juga mempunyai anak perempuan yang berusia 14 tahun dari hasil perkahwinan nya yang terdahulu. Ini juga turut di jadikan alasan untuk menetang perkahwinan mereka.
Lantaran daripada tentangan hebat dari bakal mak mertua dan ayah mertua nya,pengantin perempuan ini sebenar nya merupakan seorang ahli perniagaan hartanah yang kaya raya telah menawarkan wang perkahwinan sebanyak 660,000 yuan (AS$ 104,273), lot hartanah dan kereta Ferrari, semuanya di anggarkan bernilai kira-kira 5,000,000 yuan (AS$789,950).
Oleh sebab itu lah, kedua-dua orang tua pengantin lelaki ini bersetuju untuk mengahwinkan anak mereka bersama janda kaya ini.
Majlis perkahwinan mereka diadakan dalam susana yang mewah, pasangan ini berarak dengan sebuah kereta Ferrari berwarna merah manakala pengantin perempuan mengenakan perhiasan barang kemas nya yang begitu banyak.
Menurut netizen dari China, mereka berpendapat bahawa pengantin lelaki itu bersetuju untuk berkahwin dengan pengantin perempuan ini hanyalah kerana duit semata-mata bukan atas dasar cinta yang tulus ikhlas.
Ada juga diantaranya yang menulis "Bapa: Pasangan anak lelaki kami kaya-raya, mari terima tawaran itu untuk duit!,".
Tetapi jika diperhatikan kedua-dua mempelai ini kelihatan begitu gembira seperti sangat saling mencintai.
Meskipun pengantin perempuan sedang sarat mengandung dia tetap kelihatan berseri-seri disamping suaminya yang tercinta. Pengantin lelaki ini juga telah menyampaikan sebuah lagus khas untuk isterinya semasa majlis perkahwinan mereka. Editor:Ila
loading...
loading...
0 Response to "Video- Kerana "Harta" Ibu Bapa Pengatin Lelaki Restu, Anaknya Berkahwin Dengan Wanita Tua"
Catat Ulasan