loading...
CHICAGO: Dua remaja perempuan telah dijatuhkan hukuman selama 40 tahun di hospital sakit jiwa setelah dia mengaku bersalah menikam rakan baiknya sendiri.
Kejadian yang menyayat hati itu dipercayai berlaku apabila mangsa dan suspek serta seorang lagi rakan mereka dikatakan terpengaruh dengan watak sebuah fiksyen di internet.
Suspek iaitu Morgan Geyser dan Anissa Weier yang baru sahaja berusia 12 tahun ketika kejadian, telah bertindak menikam Payton Leutner sebanyak 19 kali di sebuah kawasan hutan berdekatan rumah mereka di pinggir Milwaukee.
Bagaimana pun, Leutner dipercayai terselamat daripada menjadi korban bagi insiden itu dan sebaik sahaja mendapati rakannya dipenuhi darah, suspek sempat membawa mangsa ke hospital mendapatkan rawatan.
Geyser dan Weier, yang sudah berusia 15 tahun sekarang memberitahu bahawa watak jahat dalam sebuah fiksyen internet yang dikenali sebagai 'Slender Man' itu benar-benar wujud.
Menurutnya lagi, watak itu telah berjaya memaksa mereka untuk melakukan pembunuhan dan jika tidak dipatuhi semua ahli keluarga masing-masing akan menerima nasib buruk.
Bagaimana pun, pihak hakim telah menjatuhkan hukuman tahanan selama 40 tahun di sebuah hospital sakit jiwa ke atas Geyser berbanding tahanan selama 25 tahun di pusat juvana seperti yang diminta oleh peguamnya..
Peguam Geyser dipercayai telah membuat permohonan itu bagi membolehkan remaja berkenaan dibebaskan dengan kawalan penyelia jika berkelakuan baik.
"Saya minta maaf. Saya tidak pernah berniat mahu kejadian seperti ini berlaku. Saya harap mangsa berada dalam keadaan baik sekarang," kata Geyser sambil menangis ketika mendengar keputusan tersebut.
Berdasarkan perbicaraan, Geyser dan Weier didapati bertindak melakukan jenayah itu kerana mengalami masalah mental. Sumber: Astro Awani, Editor: Amira
loading...
loading...
0 Response to "Terpengaruh Dengan 'Slender Man' Sehingga Sanggup Tikam Rakan Sendiri."
Catat Ulasan