loading...
INDONESIA- Menurut seorang anggota Pasukan Pencarian dan Penyelamat (SAR) yang sedang mencari seorang kanak-kanak lelaki dipercayai lemas di Empangan Air Serayu Kebasen, Bayumas,Jawa Tengah terkejut apabila seorang lelaki yang dipercayai telah melompat ke dalam empangan air itu untuk membunuh diri pada Isnin lepas.
Lelaki yang cuba membunuh diri itu dikenali sebagai Warso,38 ,berasal dari Kampung Brani,Jawa Tengah. Menurut orang yang berada di sekeliling empangan air yang menyaksikan kejadian itu ,lelaki tersebut kelihatan sangat tenang dan tidak ada seorang pun menganggap dia mahu membunuh diri.
Ahli Pasukan Tindak Balas Segera (TRC) IKB RAPI Banyumas, Abdul Rosyid melihat Warso datang ke empangan itu dengan menaiki motosikal Supra X 125 dengan nombor pendaftaran R 5965 AJ. Selepas meletak motosikalnya, dia menuju ke pintu 4 empangan tersebut.
Rosyid menyangka kan, Warso ingin menyaksikan pencarian mangsa yang lemas. Bagai manapun, Warso jatuh ke dalam pusaran air yang deras dan dia hilang daripada pandangan mata orang yang menyaksikan kejadian itu.
Disebabkan kejadian itu, pasukan menyelamat terpaksa menambahkan lagi anggotanya. Mereka membahagi akan pencarian kepada dua pasukan menyelamat.
Sebaik sahaja mayat kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Denis itu berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat anggota keluarga nya tidak dapat lagi menahan sebak semasa mengiringi jenazah kanak-kanak ini.
Manakala mayat lelaki yang telah di temui pakciknya sendiri iaitu Pakde atau Uak, Karsudi (45) yang berasal dari Kecamatan Cinangsi, Gandrungmangu, Cilacap.
Mangsa ditemui kira-kira 100 meter dari tempat kejadian (TKP) di Kampung Serayu Wlahar Wetan selepas hampir 48 jam misi pencarian dijalankan.
"Karsudi juga turut membantu semasa misi pencarian dijalankan," kata Ketua TRC Agensi Pengelolaan Bencana Daerah (BPBD) Banyumas, Kusworo.
Pasukan SAR kemudian menuju ke rumah mangsa. Pasukan perubatan telah melakukan pemeriksaan terhadap tubuh badan mayat untuk memastikan tiada luka semasa kemalangan. Pada sebelah petang, mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Desa Sokawera.
Mayat Warso telah ditemui terapung pada jarak dua kilometer dari tempat dia dipercayai terjun untuk membunuh diri.
Kusworo berkata, berdasarkan kenyataan yang telah diberikan oleh isteri Warso, lelaki berusia 38 tahun itu terdesak untuk membunuh diri kerana dia mempunyai masalah dengan keluarganya.
"Isteri mangsa memberitahu,mangsa telah membunuh diri kerana didakwa mempunyai masalah dengan keluarganya," kata Ketua Tanggapan Bencana Taruna (Tagana) Banyumas, Heriana Ady Chandra. Setelah diperiksa, mayat Warso diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan.Editor: Ila
loading...
loading...
0 Response to "Lelaki Bunuh Diri Ketika Pasukan Penyelamat Sibuk Mencari Budak Lemas"
Catat Ulasan