SinarHairan

Kerana Tayar Kereta Dikunci, Enam Lelaki Pukul Penguatkuasa DBKL

loading...


KUALA LUMPUR- Gara-gara Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengunci (clamp tyre) tayar sebuah kereta di Danau Kota ,Setapak ,kelmarin sekumpulan lelaki yang dipercayai tidak puas hati dengan tindakan penguaskuasa ini telah bertindak menyerang mereka.

Menurut penguatkuasa yang berusia 20 tahun itu, dia bertindak mengunci tayar kereta terbabit kerana melakukan keasalahan meletakkan kenderaan di tempat yang salah. Kejadian dianggarkan berlaku kira-kira pukul 2.02 petang.

Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju berkata, selepas kira-kira 45 minit kemudian nya, penguatkuasa terbabit menyedari bahawa pengunci tayar tersebut telah hilang.

"Penguatkuasa menyedari bahawa pengunci tayar itu telah dipecahkan  serta di sorokkan ke dalam kereta tersebut.

"Penguatkuasa tersebut bersama seorang lagi rakan setugasnya  mewakili syarikat tempat letak kereta tersebut cuba menghampiri kereta itu,namun secara tiba-tiba datang enam orang lelaki ke arah mereka lalu memukul penguatkuasa ini bertubi-tubi,"katanya.

Laporan menyatakan kedua-dua  penguatkuasa tersebut hanya mengalami kecederaan di kaki,lutut dan tangan. Manakala, telefon bimbit Samsung J3 milik salah seorang penguatkuasa terbabit telah dilarikan oleh sekumpulan lelaki terbabit.

Menurut maklumat serta risikan daripada pihak polis, pihak nya berjaya menahan dua orang lelaki yang berusia 46 dan 75 tahun  di kawasan Jalan Genting-Klang kelmarin.

"Pihak kami juga telah berjaya merampas anak kunci, notis clamp tyer , notis kesalahan kompaun serta telefon bimbit. Editor: Ila


loading...
loading...

0 Response to "Kerana Tayar Kereta Dikunci, Enam Lelaki Pukul Penguatkuasa DBKL"

Catat Ulasan