loading...
Ini kerana wanita khusunya para isteri sangatlah bergantung hidup kepada suaminya sendiri untuk melakukan apa sahaja perkara yang mereka ingini.
Perkara ini kerana, isteri menganggap suami adalah syurga mereka yang patut mereka taati sepanjang hayat bergelar isteri.
Namun, jika suami sudah mula bertindak kasar dan sudah tidak menghormati isterinya lagi, sudah pasti perkara sebegini akan membuatkan kehidupan isteri akan berubah dan sentiasa dalam keadaan takut.
Baru-baru ini, seorang suami telah bertindak di luar jangkaannya apabila dia sendiri telah memukul isterinya yang dikenali sebagai Surtini.
Suami kepada mangsa dikatakan bertindak sedemikian apabila mangsa meminta sedikit wang 50 ribu Rupiah untuk membeli susu buat anak mereka sendiri.
Tindakan ini dianggap sangatlah kejam kerana mangsa terpaksa menghadapi kejadian sebegini sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk di bahagian muka mangsa.
Bagaimanapun, lokasi kejadian ini masih tidak dapat didedahkan kepada umum serta setakat ini masih belum ada sebarang laporan yang dibuat.
Perkara sebegini dianggap sebagai perbuatan yang kejam.
Semoga Surtini kembali sihat dan dapat menjalani kehidupannya seperti biasa serta semoga rezekinya bertambah.
Diharap suami kepada Surtini akan sedar dengan tindakannya itu dan kembali berubah serta menjauhkan perkara sebegini daripada berulang lagi. Editor: Amira
loading...
loading...
0 Response to "Kerana Mintak Duit Nak Beli Susu, Suami Pukul Isteri"
Catat Ulasan