loading...
RUSSIA- Harimau atau dipanggil harimau belang atau pak belang merupakan spesies binatang terbesar atau di panggil "kucing besar". Harimau yang berasal dari Asia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan memakan daging.
Kebiasaan nya seekor harimau akan tidak suka akan kehadiran manusia yang di anggap cuba mengancam habitat mereka. Namun seekor harimau di Siberia bertindak sebalik nya.
Haiwan yang terkenal dengan sifat keganasannya ini dipercayai memasuki sebuah rumah di perkampung terpencil bernama Solontsovy, utara Vladivostok, timur laut Rusia.
Menurut laporan yang diambil dari laman Metro.co.uk, harimau jenis Amur ini dikatakan merebahkan diri nya di satu kawasan yang sunyi tanpa menunujkan sebarang reaksi untuk menyerang manusia.
Rupa-rupanya,harimau betina yang memerlukan pertolongan daripada manusia ini mengalami sakit gigi.
Galina Tsimano, seorang penduduk yang tinggal di wilayah tersebut terkejut semasa terlihat seekor kucing besar di anjung rumah jirannya yang bernama Alexey Khaideyev.
"Semasa saya membuka pintu, harimau itu sudah berada di depan rumah Alexey," kata Galina.
Pemilik rumah itu terkejut apabila terdengar bunyi daripada luar rumah dan ternyata harimau itu mengerang kesakitan kerana gigi nya sakit.
Akhirnya, Alexey meminta pertolongan daripada pasukan perubatan untuk mengetahui punca kesakitan yang dialami oleh harimau tersebut.
Selepas diperiksa, barulah diketahui punca nya bahawa harimau tersebut mengalami sakit gigi dan tidak dapat dimakan. Oleh sebab itu badannya kurus, akibat tidak dapat mengunyah makanan.
"Harimau berusia 10 tahun itu berkelakuan baik, seolah-olah dia mahu meminta pertolongan," kata Pengarah Pusat Rusia, Sergey Aramilev, Amy Tiger.Editor: Ila
loading...
loading...
0 Response to "Harimau Sakit Gigi, Minta Bantuan Penduduk Kampung Untuk Diubati"
Catat Ulasan