SinarHairan

Gara-Gara Buat Kecoh, Nabila Razak Mahu Ditumbuk.

loading...

Seorang penyanyi yang sedang meningkat naik namanya menerusi lagu Pematah Hati iaitu Nabila Razali terkejut apabila dia memberitahu bahawa dia ada menerima satu status berbentuk ugutan di laman sosial Twitter baru-baru ini.

Walaupun difahamkan bahawa dia sudah lali dengan kecaman netizen, namun Nabila memberitahu bahawa status yang dimuat naik oleh pengguna laman sosial itu disifatkan sebagai keterlaluan.

"Saya menyanyi di dalam MRT tempoh hari atas undangan pihak TV3 bagi mempromosikan Anugerah Juara Lagu. Tapi perkara itu disalahertikan oleh segelintir netizen yang anggap saya sengaja buat bising."

"Ada salah satu tweet tu ditulis nak tumbuk saya kalau jumpa saya di sana. Kenapalah sampai nak tumbuk, bukan saya buat salah pun. Tren yang​ kami naik itu juga merupakan tren khas untuk kempen pertandingan AJL dan tidak pun menganggu penguna MRT lain," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai '@pikajue' memuat naik status dengan berkata "Kalau aku dalam MRT ni, mau aku tumbuk perempuan ni".

Selepas berita tersebut tersebar, Nabila dilihat turut memuat naik status dengan bertanya adakah dia perlu membuat laporan polis berhubung ugutan sebegitu yang dirasakan boleh mengancam keselamatannya.

Bagaimanapun, Nabila dipercayai tidak mahu mengambil sebarang tindakan kepada pengguna terbabit berkaitan dengan isu berkenaan.

"Setelah perbincangan dengan pengurusan rasanya tak perlu sampai nak buat laporan polis dan anggap itu mungkin hanya usikan nakal netizen."

"Namun, saya harap tidak jadi perkara macam ni kerana kita hidup dalam negara yang aman kenapa perlu ada sikap negatif sebegitu," ujarnya.

Diharap perkara sebegini tidak akan menjejaskan persembahan Nabila semasa Anugerah Juara Lagu nanti. Sumber: Mstar Online, Editor: Amira 

loading...
loading...

0 Response to "Gara-Gara Buat Kecoh, Nabila Razak Mahu Ditumbuk."

Catat Ulasan