SinarHairan

Alyah Rancang Buat IVF Demi Mendapatkan Zuriat.

loading...

Umum mengetahui bahawa penyanyi iaitu Datin Alyah telah berkahwin dengan Datuk Ramli MS namun sehingga kini mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk mendapatkan zuriat.

Namun, baru-baru ini Alyah mengakui bahawa dia ada merancang untuk melakukan kaedah perubatan alternatif menerusi rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) demi mendapatkan zuriat.

Alyah yang sudah mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu memberitahu bahawa dia pernah merujuk kepada beberapa pusat perubatan untuk mengenal pasti masalah sukar hamil.

"Sebelum Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan berita kehamilannya menerusi kaedah IVF, saya sudah bertanya beberapa pusat perubatan.”

"Difahamkan, oleh kerana rutin dan jadual kerja saya yang sangat padat, ia menyukarkan proses untuk saya hamil.”

"Tambah pula dengan pelbagai tekanan kerja dan gaya hidup.”

"Jadi, saya fikir inisiatif terakhir saya untuk mendapatkan zuriat menerusi teknik IVF,' katanya.

Bagaimana pun, hasrat tersebut terpaksa disimpan terlebih dahulu memandangkan dia kini sibuk untuk mempromosikan single terbaharunya yang berjudul Jutaan Purnama sepanjang tahun ini.

"Jika saya melakukan IVF saya dikehendaki berehat selama tiga hingga empat bulan, tanpa ada tekanan mahu pun memakai kasut tumit tinggi.”

"Oleh kerana single saya baru sahaja keluar, saya dahulukan komitmen kerja sepanjang tahun 2018," tambahnya ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadinya ke-37 di Red Box Karaoke, The Curve, Damansara.

Majlis hari jadi itu telah dihadiri oleh kelab peminat Alyah4Ever dan ditaja sepenuhnya oleh pengasas produk kesihatan Lime Shots iaitu Datin Yulia Rosalina Yusop. Sumber: Astro Gempak, Editor: Amira


                  Image result for alyah

loading...
loading...

0 Response to "Alyah Rancang Buat IVF Demi Mendapatkan Zuriat."

Catat Ulasan