SinarHairan

3 Gambar Tapir Jantan Maut Dilanggar.

loading...

RAUB: Kerana dilanggar oleh sebuah kereta, seekor tapir jantan dewasa ditemui mati di Jalan Budu-Dong, dekat Kampung Tualang Padang semalam.

Tapir adalah salah satu haiwan yang dikategorikan sebagai terancam itu, dianggarkan seberat 250 kilogram (kg) dan dipercayai melintas jalan sebelum dilanggar kenderaan terbabit.

Kejadian itu dikatakan hanya disedari oleh penduduk kampung kira-kira pada jam 1.50 tengah hari yang kebetulan melalui jalan tersebut sebelum dia bertindak menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Menurut orang kampung, jalan berkenaan adalah jalan yang sunyi dan jarang dilalui penduduk berikutan ianya agak terpencil dan jauh daripada penempatan.

Sebaik sahaja dihubungi, tujuh kakitangan daripada PERHILITAN Raub dan Lipis bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan bangkai haiwan yang mempunyai nama saintifik iaitu Tapirus Indicus.

Menurut Pengarah PERHILITAN Pahang, Ahmad Azhar Mohammed, berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan oleh pihaknya, haiwan itu dipercayai telah dilanggar malam kelmarin ataupun awal pagi semalam.

Tambahnya lagi, haiwan malang itu juga turut mengalami kecederaan pada bahagian muncung, kepala dan badan.

"Ia mungkin cuba menyeberangi jalan untuk mencari makanan sebelum dilanggar.”

"Tiga kakitangan Pejabat PERHILITAN Raub dan empat kakitangan Pejabat PERHILITAN Kuala Lipis dihantar ke lokasi kejadian dan siasatan mendapati haiwan berkenaan mati dilanggar kenderaan.”

"Tapir dewasa ini dianggar berusia antara 15 hingga 18 tahun manakala ketika ditemui, ia cukup sifat dan tiada bahagian badan yang dipotong.”

"Sebelum ini, ada beberapa kes bahagian badan tapir seperti lidah, ekor dan telinga dipotong oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, bangkai tapir itu akan dilupuskan dengan menggunakan kaedah tanam.

"Lokasi kejadian yang agak tersorok menyebabkan bangkai berkenaan 'terselamat' daripada dipotong individu tidak bertanggungjawab yang mencuri organ dalaman haiwan itu," katanya.

Info Tambahan Mengenai Tapir

Tapir merupakan haiwan yang hampir pupus dan dianggarkan hanya ada 1,100 hingga 1,500 tapir yang masih menghuni hutan di Semenanjung termasuk di kawasan perlindungan seperti Taman Negara dan rizab hidupan liar.

Tapir adalah salah satu haiwan yang dikategorikan sebagai spesies yang dilindungi sepenuhnya mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Pada Ogos tahun lalu, sepasang tapir yang berusia di antara lapan dan 10 tahun telah ditemui mati selepas ianya turut dilanggar kenderaan ketika melintas di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan berhampiran Gebeng, Kuantan. Sumber: Berita Harian, Editor: Amira



loading...
loading...

0 Response to "3 Gambar Tapir Jantan Maut Dilanggar."

Catat Ulasan