SinarHairan

Video- Elfira Loy Tampil Memberikan Penjelasan Tentang Putusnya Ikatan Tali Pertunangan

loading...

Kisah yang pernah gempar seluruh industri seni tahan air apabila pelakon dan usahawan berjaya iaitu Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri atau lebih dikenali sebagai Elfira Loy yang dikabarkan telah pun putus tunang dengan pasangannya iaitu Sufian bin Suhaimi.

Kini Elfira tampil memberikan penjelasan kepada peminat nya bahawa dia memang sudah tiada apa-apa perhubungan dengan bekas tunangnya. Beliau juga mengakui apa yang berlaku ternyata ada hikmah yang tersendiri. 

"Benda ini berlaku tiada sebab sakit hati ke,sebab tak puas hati ke,tak. Yang ini saya memang betul-betul rasa macam,kuatnya kuasa Allah".

"Sebagai ibu bapa of course boleh nampak,apa yang akan terjadi.Kalau naluri itu tu tidak baik ataupun ayah pun rasa macam ni,kita tengok tiada kesefahaman".

Kata El lagi, "benda yang lepas adalah perkara yang indah pernah berlaku dalam hidup saya. Tapi tak apa la saya memang betul-betul redha".

Namun, ada juga yang membuat spekulasi bahawa ibu El yang mahu mereka memutuskan tali pertunangan ini. 

Ada juga yang menyatkan bahawa Sufian tidak dapat menyediakan duit hantaran seperti mana yang telah dijanjikan oleh pihak El.

Disebabkan itu lah El tampil memberikan penjelasan kepada para peminatnya supaya para netizen tidak menyalahkan mana-mana pihak didalam kes.Editor: Ila Hakimi. Sumber: Melodi





loading...
loading...

0 Response to "Video- Elfira Loy Tampil Memberikan Penjelasan Tentang Putusnya Ikatan Tali Pertunangan"

Catat Ulasan