SinarHairan

Lan Solo Selamat Menimang Cahaya Mata Ke Empat

loading...

Beberapa hari yang lepas rakyat Malaysia menerima berita gembira atas kelahiran anak pertama Nora Danish bersama suami Nedim Nazri.

Pada awal pagi ini, tiba giliran Lan Solo bersama isterinya Sheila mengumumkan berita kelahiran anak ke empat mereka yang lahir pada 4.10 a.m.

Sebelum ini, Lan berkata isterinya dijangka akan melahirkan bayi itu pada bulan Mac namun kelahiran itu berlaku lebih awal dua minggu dan syukur kerana kedua-duanya selamat dan sihat walafiat.

Pada tengahari ini Lan akan ke Sabah bagi menjayakan show di sana, namun hanya sehari sahaja di sana dan akan segera pulang setelah selesai urusan dan akan membawa anak serta isteri pulang ke rumah.

Sementara menunggu Lan pulang, Sheila berehat di hospital dahulu.

Selain isteri Lan Solo dan Nora Danish, difahamkan beberapa lagi artis lain turut melahirkan cahaya mata pada bulan ini. Editor:Anna




loading...
loading...

0 Response to "Lan Solo Selamat Menimang Cahaya Mata Ke Empat"

Catat Ulasan