SinarHairan

Sepuluh Orang Warga Rusia Ditahan Ketika Anjurkan Kelas Latihan Seks

loading...

BANGKOK – Sepuluh orang warganegara Rusia telah ditahan oleh polis Thailand ketika sedang menjalankan kelas latihan seks di Pattaya kerana bekerja di Thailand tanpa mendapat kebenaran.

Salah seorang dari mereka yang bernama Alex Lesley atau nama sebenarnya Alexander Kirillov mengaku dirinya adalah ‘guru seks’.

Alex Lesley, bekas presiden Rusia (Gambar: Instagram @alex.lesley)

Alex mengatakan niatnya untuk bertanding jawatan presiden Rusia, untuk pilihan raya negara itu bulan depan.

Walaubagaimanapun, dia dimaklumkan tidak didaftarkan sebagai calon presiden oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Rusia.

Polis Thailand berkata mereka tidak akan didakwa mengenai kursus yang dijalankan tersebut dan mengatakan mereka telah menjalankan kursus untuk lebih daripada 40 lelaki dan wanita Rusia di sebuah hotel di Pattaya.

Salah seorang mereka didakwa kerana tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan manakala tiga lagi didakwa kerana memasuki Thailand secara haram.

"Mereka terpaksa membayar lebih daripada 20,000 baht untuk kursus ini," kata ketua polis Pattaya Apichai Krobpet kepada Reuters.

"Kami dakwa semua 10 pengajar kerana bekerja tanpa izin.

"Mereka datang untuk mengajar seks kepada rakan senegara mereka ... namun kursus itu sendiri tidak menyalahi undang-undang," katanya lagi.

Wakil kedutaan Rusia di Bangkok kini berada di Pattaya untuk membantu Alex Lesley atas dakwaan berkenaan.
Selain pantai, Pattaya terkenal dengan hiburan malam dan beberapa kelab malam telah dianjurkan tarian telanjang yang dianjur oleh pengusaha Rusia. Sumber:Astro Awani , Editor:Anna

Suasan hiburan di 'Happy Zone' Pattaya. (Gambar: Reuters/Jorge Silva)


loading...
loading...

0 Response to "Sepuluh Orang Warga Rusia Ditahan Ketika Anjurkan Kelas Latihan Seks"

Catat Ulasan