SinarHairan

Kejam!! Gadis Ini Ditumbuk Dan Ditampar Oleh Penyamun

loading...

LAHAD DATU - Seorang gadis berusia 17 tahun telah menjadi mangsa samun di Dataran Palma pada tengahari semalam jam 1.16 ketika sedang menunggu kakaknya.

Dalam kejadian tersebut gadis itu telah ditumbuk di bahagian mata, mulut dan perut dan ditampar beberapa kali oleh seorang lelaki.

Ketika gadis itu baru sahaja tiba di lokasi berkenaan dia dihampiri oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Lelaki tersebut telah menarik baju mangsa dan mengugut beliau supaya menyerahkan telefon bimbit, wang dan barang berharga milik mangsa namun mangsa enggan melakukannya.

Suspek yang berang dengan kelakuan mangsa bertindak untuk menumbuk di bahagian mata, mulut dan perut mangsa serta menampar pipinya beberapa kali.

Saksi yang melihat kejadian itu berkata mangsa menjerit meminta tolong menyebabkan lelaki itu melarikan diri tanpa sempat meragut barang milik mangsa.

Mangsa menghubungi kakaknya sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

Pihak polis masih menjalankan siasatan mengenai kes berkenaan dan cuba mengesan suspek.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun mendatangkan kecederaan. Editor:Anna
loading...
loading...

0 Response to "Kejam!! Gadis Ini Ditumbuk Dan Ditampar Oleh Penyamun"

Catat Ulasan