SinarHairan

Rumahnya Disamun, Warga Emas Ini Maut Kerana Dijerut

loading...

ALOR SETAR – Seorang warga emas berusia 71 tahun ditemui terbaring kaku di dalam bilik di rumahnya di Taman Malaysia.

Sekujur tubuh Warga emas yang bernama Kau Fu Eng itu ditemui oleh anak perempuannya pada 5.45 petang semalam dalam keadaan pucat kerana dijerut dan terdapat kesan darah pada bahagian kepala.

Kejadian itu dianggarkan berlaku kira-kira jam 2 petang hingga 5.45 ketika mangsa tinggal bersendirian kerana anak perempuannya menghantar cucunya ke kelas tuisyen.

Anak kepada mangsa itu segera menghubungi polis setelah cubaannya memberi bantuan pernafasan kepada ibunya tidak berjaya menyedarkan mangsa.

Sejurus dimaklumkan perkara tersebut, sepasukan polis dihantar ketempat kejadian untuk pemeriksaan dan siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata hasil pemeriksaan mendapati suspek memasuki rumah berkenaan melalui pintu belakang yang tidak berkunci.

Siasatan awal mendapati mangsa sempat bergelut dengan suspek sebelum dijerut lehernya menggunakan tuala.

Penjenayah tersebut dipercayai masuk ke rumah warga emas itu untuk tujuan merompak namun setelah mendapati ada penghuni di dalam rumah tersebut dia bertindak untuk menjerut kerana bimbang mangsa akan menjerit.

Jumlah kehilangan yang dilaporkan berjaya dilarikan suspek adalah barang kemas bernilai Rm1000, sebuah tablet dan beberapa utas jam tangan.

Pihak polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa dihantar ke hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.

Pada hari kejadian, mangsa sempat menghubungi anaknya Teoh Yean Sin, 41, pada jam 7 pagi untuk menyuruh anaknya itu melakukan upacara sembahyang.

Mangsa sempat bertanyakan keadaan anak-anak Teoh Yean Sin dan meminta anaknya itu menjaga cucu-cucunya dengan baik.

Menurut Yean Sin, ibunya pernah tinggal bersama dengannya selama lima tahun di Taman Dahlia sebelum mengambil keputusan untuk tinggal bersama kakak Yean Sin.
Editor:Anna





loading...
loading...

0 Response to "Rumahnya Disamun, Warga Emas Ini Maut Kerana Dijerut"

Catat Ulasan